25 November 2017

Ada Yang Rindukah?

Ada yang rindukah?. Sebenarnya cik melor pun rindu pada kamu, kamu dan kamuuu. Tapi tu la, cik melor hari-hari sibuk. Sibuk dengan urusan anak-anak, sibuk dengan kerja-kerja jahitan, sibuk dengan termenung sana-sini hihih. 

Pastu laptop cik melor sakit perut, Pastu guna laptop tua yang banyak ragam, pastu kamera kita pula hilang kabel, bateri problem. Sudahnya blog kita tak berupdate. Mood ke laut senah eh

Ingatkan bila sidara dah masuk asrama, tugas kita kurang sikit. Huh makin banyak senah wehhh. Sibujang dan makcik google ni bertambah-tambah pula aktiviti mereka. Macam 7 hari diberi tu tak cukup. Ada je aktiviti yang kena buat. Penat senah eh.

cmelor family, sewing
 Masa ni makcik google nak jadi princess. Kehulu-kehilir mencari barang kehendak. Demi merialisasikan impian menjadi princess. 

cmelor family
 Akhirnya berjaya juga kita siapkan makcik google ala-ala princess. Nampak tak kehappilan di wajah makcik google huhuhu..
 
nurse uniform
 Eh..ehh.. dia nak jadi nurse pulakkkk. Jenuh maknya nak menyiapkan ala-ala nurse. Nak beli mahal, nak disewa membazir katanya. Sudahnya kehulu kehilir akhirnya siap jugalah makcik google bergaya ala-ala misi desa hahaha... 

nurse uniform
  Sekali lagi kehappilan terzahir di wajah makcik google. 
Nasib baik, mak makcik google ada kemahiran menjahit huhuh...

engineer to be
 Sibujang pun nak jugakkk. Sibujang bergaya ala-ala engineer. Lagi sekali kehulu kehilir cari kehendak untuk merialisasikan impian sibujang.

robotik competition
 Ini pula aktiviti robotic sibujang. Masa ni competition robotic di APU Bukit Jalil pada 18/11/17 yang lepas. Sekali lagi mereka bergabung. Tapi sayang team sibujang kali ni tak berjaya melangkah ke final. Adat la bertanding pasti ada kalah dan menangkan senah. Nanti cuba lagi ya sayang.

Itu baru aktiviti yang sesekali. Campur tuisyennya, aritmetiknya, menarinya kadang-kadang kita tak sempat makan senah eh. Tapi hairan bin ajaib, walaupun tak sempat makan tapi badan tak kurus-kurus makin tembun ada la. Haishhhh geleng kepala ambo. Sapa kata jadi suri rumah banyak relax 😠. Bye.


2 comments:

Julia Tarmidi said...

Salam singgah sini dan follow :)

btw jom join GA saya!

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

Cik Melor said...

Julia
tq singgah . selalu la menyinggah kita tak marahhh