Thursday, July 27, 2017

Puding Trifle Paling Sedap

puding trifle

Senah nak tahu, sekolah makcik google adakan jamuan raya. Kelas makcik google di minta menyediakan dessert. Jadi 1 kelas makcik google kena bawa apa saja makanan yang di panggil dessert.

Terfikir-fikir nak buat dessert apa untuk makcik google. Kalau boleh mahukan sesuatu yang sedap, menarik pandangan dan yang penting lain dari orang lain. Huuuu... master piece kena maintain senah eh. So kita nekad nak buat puding trifle paling sedap. Sedap ke??? hahahha.

Walaupun takda pengalaman dalam bidang mendessert, kita tetap nak buat sendiri dessert untuk makcik google. Kasih ibu bawa ke syurga senah eh. Kalau buat puding trifle paling sedap sendiri kan bagus. Boleh hantar banyak-banyak ke sekolah. Takda le bebudak terkulat-kulat tak cukup kan senahhhh.

Kita ke giant mencari bahan. dan ke satu kedai yang jual container plastik dengan harga murah. Dah dapat semua barang. Operasi membuat puding trifle paling sedap pun bermula.

Nak buat puding trifle paling sedap ni senang je rupanya senah ya. Yang tak senangnya puding trifle paling sedap ada peringkat-peringkat nak siapkannya. Bukan bolih main sekali harung dah siap. 

Kita bubuh puding trifle paling sedap ni dalam bekas plastik kecil. Nanti senang la bebudak nak ambil dan makan puding trifle paling sedap buatan cik melor.

Sedap rupanya rasanya puding trifle ni. Makan sejuk lagi sedap. .Paling kita suka bahagian pudingnya seeedap senah weh. Apa? Senah nak resepi. Google je senah eh. Oooo. nak resepi yang cik melor guna ya. Ok Ai kasi u, ai tak kedukut punya olang la hahahha.

Cara buat :-
1. potong kek letak di dasar bekas
2. siram kek dengan air fruit koktail
2. masak puding. Bla dah masak masuk kan puding cantik-cantik dalam setiap bekas
3. letakkan fruit koktail atas setiap puding dalam bekas
4. tuang jelly ke atas buah koktail.
5. tunggu sejuk sikit. tutup setiap bekas
6. masukkan dalam peti ais.

bahan puding trifle
 up!!!!  soriiii kita lupa letak mana kertas resepi tu. Senah jangan marah ya. Nanti dah jumpa kita tempek kat sini bahan-bahan puding trifle paling sedap. Bye.


2 comments:

Yati said...

Wah.. gigih Melor ye.. syabas! 😀

Cik Melor said...

ai luv my fren