14 August 2017

Projek Sejarah Tahun 4 - Buku Skrap -Tokoh Terbilang


Tu diaaa senah eh. Projek sejarah tahun 4, buat buku skrap besar bertajuk Tokok Terbilang. Saiz wajib A2. Nasib baik cik melor pergi 1 kedai je dah boleh dapat kertas A2 tu. Kecoh dalam group wasap kelas sibujang, parents tak dapat beli kertas A2 untuk projek sejarah tahun 4 tu.

Pelajaran anak-anak sekarang ni sangat advance. Macam kerja budak sekolah menengah. Padahal baru darjah 4. Cikgu tak boleh kata apa. Kita parents ni nak tak nak terpaksa turut serta buat projek sejarah tersebut. Apa saja la anak-anak besar tu tahu.

Kesian anak-anak tak tahu nak cari maklumat nak reka dan menghias. Tambah-tambah sibujang kita, Nak menaip guna laptop pun tak reti lagi, Main games tahu la dia

So kita la yang tolong taip, tolong pikir, tolong cari maklumat. Lepas tu sama-sama kami buat sampai siap projek sejarah tersebut.

Masing-masing bersungguh nak buat yang terbaik, sebab markah yang dapat nanti akan dikira dalam peperiksaan akhir tahun. Buku skrap yang terpilih akan disimpan dalam bilik sumber dan murid akan diberi anugerah gitu la katanya. 

Buku skrap sejarah tak terpilih pun kita tak kisah, janji dapat markah banyak. Bila dicampur dapat membanyakkan markah kertas sejarah peperiksaan akhir sibujang nanti.

Makcik google pun ada juga projek dia senah eh. Buat pertandingan mobile apa tah. Itu pun parents juga kena bantu. Bila tah nak dapat tahu sapa yang menang. Dah lama ni tak keluar-keluar lagi resultnya huhuhuuh.. Bye.