Tuesday, May 16, 2017

Hari Guru Ikut Taksiran Makcik Google

Makcik google kata, hari ni hari guru. Happy teacher's day ya juga kata makcik google. Ikut taksiran makcik google hari guru ke happy teacher's day ke tetap sama. Kena bagi hadiah untuk semua orang guru yang mengajar dia. Itulah taksiran hari guru bagi makcik google.
 
handmade kad hari guru

Berminggu-minggu makcik google memikirkan macamana nak buat kad hari guru untuk 12 orang cikgunya. Jenuh le semalam makcik google cuba nak menyiapkan kad-kad handmade hari gurunya.  Sekali-sekala kita memantau kerja-kerja  makcik google. 

Semua cikgu makcik google sayang. Sampai cikgu PRA dan pembantu PRA tahun lepas pun makcik google nak bagi hadiah. Yang tak boleh blah makcik google nak bagi hadiah untuk cikgu besar sekolah dia. Senah nak tahu makcik google ni peminat rahsia pinky headmaster hahahahah.

Ikut je lah senah eh. Bukan hari-hari bagi hadiah, setahun sekali je. Harapnya makcik google gembira dan makin bersemangat untuk belajar.

handmade kad hari guru

Eh.. eh... lupa, homework belum buat. Makcik google berenti buat kad hari guru dan siapkan kerja sekolah dulu. Bagus makcik google. Dah siap kerja sekolah nanti sambung semula buat kad hari guru ya sayang.

handmade kad hari guru

Masa ni makcik google sedang menghias hadiah hari guru untuk pinky headmasternya. Mentang-mentang guru besar minat pink semua benda nak di pinknya. Aduhai makcik google. 

hadiah hari guru

Balut hijau tu hadiah hari guru untuk Cikgu PRA dan pembantu PRA. Yang kaler pink ada bunga pink tu hadiah hari guru untuk pinky headmaster kesayangan makcik google. Yang biru tu hadiah hari guru si bujang untuk guru kelas dia. Si bujang cuma nak bagi hadiah untuk cikgu kelas dia je.

hadiah hari guru

Tu diaaaaa..... makcik google bergambar kenangan dengan 9 hadiah hari guru untuk guru kelasnya. Senyuman puas hati tapi malu sebab tuan pengarah tengok hihihihi.

Bukannya mahal pun harga hadiah-hadiah tu, yang penting tanda ingatan anak murid untuk cikgu-cikgu. 

Bajet rm5 je tapi kekal lama dan cikgu boleh guna hari-hari. Jadi cikgu akan sentiasa tengok hadiah tu. Lagi pun makcik google sendiri keluar duit tabung dia untuk beli hadiah-hadiah tersebut. Selamattttt poket cik melor hahaha... Bye.


2 comments:

nini said...

Zaman sekolah dulu selalu pakat dengan kawan kawan belikan hadiah untuk cikgu =)

Cik Melor said...

nini
dulu x pernah sbb mak kite bukan org ada2