Saturday, May 13, 2017

Alteration : Ganti Span Bahu Blouse

alteration blouse

Tengok senah tag pun belum potong. Blouse baru beli weh. Customer kita sorang ni  memang cantik bergaya orangnya. Maklum la mak datin mana boleh selekeh mesti nak bergaya selalu.

Elok juga dia bergaya ada la untung untuk cik melor kan. Tiap kali beli baju baru mak datin ni mesti cari kita. Cari buat aaaapa senah tanya. Cari nak minta kita alterationkan baju-baju baru dia hiihiihhi..... Terima kasih la mak datin comel bergaya.

Kali ni mak datin minta kita ganti span bahu 3 helai blouse barunya. Mak datin tak suka span bahu nipis. Mak datin suka kalau span bahu tu tebal. Masing-masing punya citarasa. Ikut je la janji hasil kerja kita dapat bayaran kan kan kan senahhhhh hahahh...

Senah nak tahu apa yang kita buat dengan baju mak datin tu. Ok ai will tel u how ai duit eh..eh..kita spiking lundon la hahahhaa...

Mula-mula kita tetas buang span bahu yang sedia ada tu. Lepas tu kita ambil span bahu yang baru ikut ketebalan yang mak datin minta. Lepas tu, lepas tu, lepas tu kita balut la senah weh hihiihi..

Sebelum balut kena cari kain yang sewarna dengan blouse mak datin. Kelebek sana kelebek sini takda pula kain yang sama. Takda !!!! takpa kita ambil kain yang warnanya seakan-akan, paling hampir sama dengan warna blouse mak datin tu.

Pastu balut la span bahu tu cantik-cantik, kemas-kemas sehampir dengan kedai punya senah ya.  Balut sudah, terus la jahit span bahu tu ke bahu blouse mak datin. Kita guna jahitan mesin je senah eh Lebih kukuh, susah nak tanggal walau cuci baju pakai mesin basuh.

Nasib baik stok span bahu masih ada,  kalau tak kita kena ke kedai cari span bahu baru untuk 3 helai blouse tu. Ini pun kita panggil  kerja-kerja alteration. Senangkan kerjanya. Senang-senang pun cerewetnya yaaaa ampuuuuun kata bibik sebelah hahahha..

Kita ada buat tutorial pasang span bahu baju. Kalau nak tengok senah cari di sidebar kanan -  my story - tip & tutorial jahitan ok.

Alhamdullilah rezeki. Sikit-sikit lama-lama tebal poket kita dak gitu senah. Bye

2 comments:

Mila@Rimbun said...

lamanya tak isi span kat baju... rasa rimas ada span... dulu borong span baju bukan main banyak, dah jadi tukun tiruan plak dlm bilik jahit kikiki

Cik Melor said...

mila.
hahhaha tukun tiruan. Kita pula bilik jahit penuh dgn kain dan brg kraf yg xde di buat apa2. itu bulih panggil tukun tiruan
juga kah. Fening tengok