29 April 2017

Pokok Kacang Botor Juga Dalam Pasu

kacang botor

Cuti 3 hari ni sempat la cik melor menjenguk pokok pasuan belakang dan depan rumah. Minat punya pasal tanam dalam pasu pun pasu lah.

Nak tunjuk dengan senah, pokok kacang botor kita dah menjalar. Kita bagi pokok kacang botor tu menjalar di pagar belakang rumah. Senang kalau pokok kacang botor dah berbuah, rasa nak makan, kita keluar belakang rumah petik buah kacang botor kan senahhhh... Emmmm.. kuat betul berangan kih...kih...kih.

Tak sabar tunggu pokok kacang botol dalam pasu kita berbuah. Nampak gaya lambat lagi la dapat petik buah kacang botor kita tanam dalam pasu tu. Almaklum pokok kacang botor kita tu masih dara sunti senah eh. Tengoklah slim je saiz pokok kacang botor dalam pasu tu  hahhaah. 

Tip untuk tanaman sihat dan tumbuh dengan baik, senah jangan lupa siram dengan air beras, letak baja ,  kalau ada kulit telur ramas-ramas bagi hancur lepas tu  tabur dalam pasu.  Sekali sekala siram dengan air basuhan ikan. 

Air basuhan ikan tu tak boleh selalu siram senah eh, nanti busuk dan menarik lalat. Kalau rumah jauh dari jiran, kita syorkan siram dengan air basuhan ikan ni. Hari-hari siram pun takpa. Disebabkan rumah kita rumah bertempek dengan jiran, maka kita tak selalu siram guna air basuhan ikan takut jiran marah.

Nak buat apa pun kena fikirkan jiran sebelah. Jangan la kerana suka sangat kita lupa adab berjirankan senah.

Kali ni tu je la kita nak kongsi dengan senah semua. Kongsi cerita kita tanam pokok kacang botor dalam pasu hihhiih. Bye


2 comments:

Mila@Rimbun said...

selalunya balik kg baru merasa makan kacang botor fresh, kutip kat luar rumah, basuh, terus jadi ulam haha

Cik Melor said...

mila
sedap mkn yg muda2 buat ulam