peserta dari sekolah sibujang
Demam punya pasal tertangguh cerita sibujang cik melor masuk IIUM ROBOTIC COMPETITION 2017 di UIA. Biar pun dah berlalu kita tetap nak cerita, nak kongsi dengan senah sebab sukanya hati bila nama si bujang tercalon ke IIUM ROBOTIC COMPETITION 2017 tersebut.
Bukan apa senah ehhh, ramai yang masuk kelab world robotic di sekolah sibujang. Bila nama si bujang kita naik, mestilah maknya 'excited'. Di sebabkan perkara-perkara macam ni la, membuatkan kerja-kerja jahitan, kraf kita slow. Kalau di conggak, dah menghampiri 2 tahun bilik jahit kita sunyi.. Habuk usah kata la senah eh. Mesin jahit pun dah tak nampak huhuhuh..
Team KAIJUBOT untuk acara SUMOBOT
Untuk IIUM ROBOTIC COMPETITION 2017 sibujang kita berpasangan dengan sibujang handsome dalam gambar tu. Tahun lepas pun sibujang bergandingan dengan dia tapi bertiga. Lagi sorang nama tak naik pula. 'Maybe next-next' bersama lagi la kut. klik sini robotic 2016
Sekolah sibujang masuk untuk 2 acara soccer dan sumobot. Sibujang kita masuk acara sumobot. Jadi kita cerita pasal acara sumobot je la. Main dia macammana??? Alaaaa... macam lawan sumo jepun tu senah eh.
Untuk acara sumobot, sekolah hantar 6 team. Sibujang team ke 4. Memasing kena bina robot ikut kretiviti sendiri. Berpandukan syarat-syarat yang telah di tetapkan. Anak yang lawan makbapak yang kepenatan huhu..
Video kat atas ni, masa team sibujang lawan dengan budak-budak universiti mana tah. Dengan kekalahan budak-budak universiti ni la melayakkan team sibujang kita ke peringkat separuh akhir IIUM ROBOTIC COMPETITION 2017.
Rasa cam tak aci senah eh. Ada ke patut budak sekolah rendah, umur 10 tahun yang akal dia baru nak sejengkal berlawan dengan budak-budak universiti yang sah-sah akalnya dah berjengkal-jengkal panjang hhihihhi. Agak-agak senah??
Bukan salah penganjur, dah memang acara sumobot bagi IIUM ROBOTIC COMPETITION 2017 sifatnya terbuka. Sapa pun bulih masuk tak kira umur, tak kira latarbelakang huuhuhhu..
Walaupun hanya mendapat tempat ke 4 dalam IIUM ROBOTIC COMPETITION 2017. Boleh di katakan team sibujang telah membuka mata penganjur kerana budak sekolah rendah lawan budak universiti tuuu. Dapat pula tempat ke 4. Awak-awak jangan pandang sebelah mata ngan budak sekolah rendah ya hahaha..
Takpa sayang, jangan kamu bersedih, Ibu bangga walaupun tempat ke 4, kalah mu kalah bergaya sayangku. Cuba lagi di lain pertandingan ya. Bye.
2 comments:
Wahhhh... boboy suka lah bab2 robot gini kan
mila
suka tapi malas. camana tu??
Post a Comment