Monday, August 8, 2016

Rahsia Kulit Cantik Tanpa Modal Besar

Hai senah. Hari ni kan cik melor ada nak kongsi sikit rahsia. Rahsia kulit cantik tanpa perlu ke SPA, tanpa perlu keluar bajet mahal-mahal dan yang penting bebas dari bahan kimia. Tak nak ke kulit cantik senah ooiiii....

Maklum la sekarang ni macam-macam produk duk ada di pasaran. Ada mahal, ada murah, ada kesan kelihatan dalam masa 1, 2 hari pakai, ada yang tak nampak-nampak kesan dia sampai ke sudah hihiihhihii. Tepuk dada tanya poket mana satu pilihan mata kan senahhh......

Pilihan cik melor pula sudah tentulah kulit cantik cara tradisional. Macam orang dulu-dulu guna tuuuuu....  Lambat sikit nampak kesannya pun takpa la. Janji selamat dan tak ada kesan sampingan kan senaahhhh......  

dunia cmelor

Haaaa... benda kat atas tu la rahsianya. Rahsia kulit cantik gebu gebas hahahhaha.  Senah nak tahu benda kat atas tu sangat la bagus untuk kulit tau. Tak perlu le nak cari testimoni penguna lain. Ni haaaaa depan mata senah duk ada ni. Sapa lagi senah ooiii.... tentu la cik melor  awak leee.... hahhahahah

Dari zaman anak dara hingga le dah jadi mak dara kite masih mengunakannya. Terbukti senah eh. Dalam reramai adik beradik cikmelor, kite la yang nampak timbul dari yang lain . Macam bulan purnama terang di malam gelap. No.. no.. no.. bukan kata kite tercantik cuma  kata kulit lebih cerah dan cantik sikit kulitnya dari yang lain . Jangan salah faham pulok ya hahahhahha....

Esok kite sambung cerita rahsia kulit cantik tanpa modal besar ni dan bagi tahu apa namanya, cara-cara permakaiannya dan kebaikan yang dimilikinya. Senah tunggu tau. Bye.

p/s - nak kulit cantik tanpa modal besar, jangan lupa baca blog cik melor tauuuu....

1 comment:

Yati said...

Macam bedak kulit rambai je. Yati pun pakai dulu, kat muka pun, jadikan scrub. Memang putih dan takde jerawat. :)