29 July 2016

Rindunya.....

dunia cmelor

       'Rindu' Satu perkatan yang ketika ini sentiasa bermain-main di fikiran cik melor. Bukan sikit-sikit rindu itu. Bak kata makcik google rindu serindunya la mommy.

Sejak cik melor pindah tu hari. cik melor terpaksa lupakan kebahagiaan itu. Ingin hati nak membelai, nak membelek, nak mencium tapi apakan daya diri ku tak berdaya.

Ceritanya begini senah eh, sejak cik melor pindah ke tempat baru ni. Aktiviti tanam-tanam green finger terpaksa dihentikan. Tempat baru ni tak sesuai la nak tanam-tanam. 

Ada la masa pindah tu cik melor bawak satu pasu kecik konon-konon buat ubat penawar hati cik melor. Tapi kesian senah eh. Hidup segan mati tak mahu jadinya. Sudahnya cik melor terpaksa rela  letak pasu tu di satu tempat dengan harapan hidup subur la pokok tu nanti.

Kerana hobi tanam-tanam ni juga lah akhirnya cik melor dah miliki sebidang tanah. Alhamdullilah senah eh. Macam tak caya pun ada. Hajat hati tu nak bina rumah yang dikelilingi hijauan dedaun dan di harumkan oleh wangian asli kuntuman bunga. Dalam erti kata lain 'rumah dalam taman'gitu

Lepas tu kan senah, ada pula taman dapur di belakang rumah. Bila nak masak, hulur je tangan ikut tingkap. Sekali daun kari yang masuk senah eh. Hulur lagi, daun limau purut pula yang masuk. Bukan setakat kari, limau purut habis segala daun masuk senah weyyyy...... hahahahahah

Rasa nak makan ulam pula. Petik je tepi rumah belah kanan. Gitu juga dengan sayuran segar, cabut je sayur di batas. Tak payah nak fikir kesan racun , halal ke tidak. Di jamin 100% selamat dan halal awak senah eh

Lepas tu tepi belah kiri rumah pula ada kolam ikan. Kalau boleh kolam ikan talapia dan keli. Rasa nak makan keli, talapia pancing aje kat situ. Jimat awak senah eh.

Bela pula sekor dua kambing untuk stok susu. Uiiii susu kambing saaaangat berkhasiat weyyy..... Bela pula ayam telur. ayam kampung dah jimat duit telur dan daging kan..kan..kan... senahhhhh..... hihiihih

Amboiiiiii cik melor, berangan tak ingat dunia ya hahahhahah . Yang pasti cerita green finger cik melor terhenti buat seketika sehingga la di sambung ceritakan kelak. Tunggu ya senah. Bye.


No comments: