Friday, May 8, 2015

Sel-Sel Otak Tidak Berhubung

Hai senahhhh..... apakhabar awak semuaaaa...... kite biasa lah, perkhabarannya baik-baik aje. Senah, senah, kite kan nak cerita tau. Cerita pasal sel-sel otak yang tidak berhubung hihiihihi.... nak kena minum susu Ammum gamaknya.

Kejadian berlaku pada hari sabtu lepas. Minggu tukan cuti panjang. Kite tak kemana-mana. Jadi anak buah kite datanglah menempek di rumah makcik glamour dia nih. hahahhahha nak muntah sila tadah sendiri ya.

Setiap pagi sabtu dekat dengan rumah kite ni, ada pasar tani senah tau. Emmm.... kalau nak yang segar bugar datang la sini. Rambang mata dibuatnya, yang penting awak senah kena sedia duit lebih, sebab rege barang-barang di pasar tani setiawangsa ni lebih mahal dari tempat lain. Kata diorang yang menjual 'rate setiawangsa kena lebih sikit sebab kawasan sini kawasan orang berduit'. hohoohhoho abang pasar tani tak baik tau main pukul rata macam tuuuu......

Konon pagi tu kite nak belanje anak-anak dan anak buah makan roti canai melayu sedap. Nak pergi jalan kaki jauh, kalau berkereta dekatttt je senah eh. So kite berkereta la pergi toyang-toyang. Sekali kedai tak bukaaaaa..... frusteted la mai hati. 

Takde rezeki roti canai melayu sedap. Kite pun nak la masuk pasar tani. Pusing-pusing no parking near pasar tani, so ai park my car jauh sikit and menapak  masuk pasar tani. Oh mai engelishhhh......

Senah nak tahu, pasar tani setiawangsa ni ada karipap sedap. Panas, panas senah eeeh, ada nasi lemak mahal, ada nasi lemak rm1.50, huh macam-macam la duk ada. Cuma senah kena pandai pilih gerai, takut-takut terbeli di gerai yang tak sedap, pastu rege 'maaha mace bedeyyyyy'.

Sudah beli apa yang nak, terus kite menapak balik rumah.. Lagi sejengkal menghampiri pagar rumah baru teringat, tadi kite keluar bawak kereta comel kite tu. Tepuk dahi terus kite patah balik masuk pasar tani menapak laaaa....... gi ambil kete hahahahhah lawak tak senah eh. Hah, aaaaapaaa..... tak laaaawakkkk..... pelissss la senah. Gelakkan aiiiii...... pelizzzzzz

Mari senah, mari tengok video kat bawah ni. Mana tahu lepas tengok terus sel-sel otak berhubung dengan jayanya hahhahah. Bye.

video

2 comments:

Mila@Rimbun said...

hihihi...lawaklah cik melur ni... jln2 pasar tani gitu

Yati said...

Hilang ingatan tu... biasa lah, dah remaja purba, orang kata.