20 April 2014

Roti Telur 'Simple' Untuk 'Breakfast'

roti telur

Cik Melor menaip lagi tudeyyyyy..... hihiih..... Tetiba angin rajin tu mari la senah. Maklumlah sakit dah kurang sikit mood pun ok la. 

Tadi pagi senah makan apa untuk sarapan. Kita sarapan dengan roti telur je. Roti tu kita celup dalam telur dan goreng ala bakar atas kuali roti canai. Eeee...... elok tau buat macam nih. Tak banyak minyak. Senah tak caya ya. Tuh bukti roti telur duk ada kat atas. Sama je dengan yang goreng dalam minyak banyak kan.

Eeee..... sedap ni senah eeeeeh..... Kalau roti telur ni kenakan dengan kopi o gula peeerang, huh terangkat senah weh. Setakat 5 keping tuh, sekali kite hadap aje tau hahhahahha..... mana la tak obesnyer. Dalam gambar kite lawankan dengan teh o sebab askar kite tak minum kopi senah eyyyyy.....

Nak buat resepi roti telur ni pun senang je. 5 minit pun dah boleh siap.  Nak buat dia senah kena ada telur, lada sulah debu, garam, gula, planta, roti, sos dan kuali leper untuk mengoreng hihihihi......

Cuma kite nak bagi tau senah, kite guna planta jenama 'Olive Gold'. Jadi rasanya tak sama la ya. Jenama planta nih memainkan peranan juga untuk rasa kat roti tuh. Nak buat macamana dah itu aje yang ada. Kite memang guna jenama tuh je kat rumah senah eh.

Cara buat roti telur, pecahkan telur masukkan garam, gula lada sulah. Pukul sampai sebati, Panaskan kuali, lencerkan planta kat atas kuali tuh. Lepas tu, ambik roti yang dah di potong ikut suka hati nak potong camana celup dalam telur letak je lah atas kuali tuh. Balik-balik kan supaya tak rentung. Siap sudah makan la dengan sos yang kite suka.

Senang je kan nak buat roti telur versi kita senahkannn.... Bye

No comments: