Friday, April 25, 2014

Rahsia Peti Sejuk Tak Berbau Busuk

Hai senahhhhh..... tuday kan cik melor banyak suka hati tau. Nak tahu kenapa? sebab semalam cik melor boleh tidur lena. Sejak kite sakit, tido malam kite tak lena tau. Lutut kite tuh berdenyuttttttt je. Asal malam dia berdenyut, asal malam dia berdenyut. Kesian tak senahhhhhh........

Sebab senang hati punya pasal, kite nak kongsi satu rahsia dengan senah semua. Ala rahsia orang dapur je. Tapi jangan tak caya senah eh. Walaupun sama-sama orang dapur tapi tak sama rahsia tau kih...kih..kih....

Kali nih kite nak kongsi, macamana nak buat peti ais kite tak berbau busuk. Eeeeee..... tak suka tau kalau peti ais, buka-buka je bau busuk, malu wehhhhh.... Tambah-tambah kalau laki komplen ' bakpo peti nih baung busuk dok oh nihhhhh.....' kite malu tau. Lebih-lebih lagi ada tamu datang yang hobi dia suka buka peti ais rumah kite. Eeeeee.... 3,4, kali malu wehhhhhh..... 'drop my water face lah' hiihiih.........

Rahsia dan cara dia macam nih senah ya. 
  1. tutup suis, lepas tu cuci peti ais tuh. Lap ngan kain basah ok. Lepas tu tenyeh-tenyeh dengan sedikit cif tak kire la kaler kuning ke, kaler putih ke, sebab cif boleh hilangkan kekotoran tanpa mencalarkan badan peti  ais kite ya senahhhhh......
  2. letak la makanan yang dah di masak, dalam bekas bertutup sebelum masukkan dalam peti air. Supaya bau makanan dapat di kekang dari mempengaruhi bau dalam peti ais kite.
  3. Mana barang yang boleh di masuk pelastik, masukkan dan ikat baik-baik, pas tu simpan la elok-elok. Emmm peti tak busuk dan kotor kan senahhhhh....
  4. letak arang. ambik 2,3 ketul arang bungkus dalam kain kotton nipis atau tisu. Pastu letak la dalam peti kite. Kalau nak lebih berkesan senah letak la arang bogel-bogel macam tuh hahahha....... lucah U. Bukan apa senah bila arang bogel tahap keberkesanan dia lebih tinggi.
  5. Guna roti. Letak sekeping dua roti sandwich. Don poget tau stil kena letak roti bogel sebab senang roti tu nak serap bau senah ya. Biar je 1-2 minggu atau sampai roti tu kering. Pas tu tukar roti baru ok.
  6. Guna esen vanilla. Titik esen vanila sikit dalam semangkuk air. Pastu letakkan dalam peti ais tu. atau senah boleh lap air tu kat badan peti masa proses lap lap bersih peti tuh.
  7. Guna baking soda. Bancuh sikit baking soda dalam air. Guna buat cuci dalam peti ais.  Maksudnya celup kain dalam air tuh dan lap la dalam peti ais kite tu ya senahhhhhh......
  8. Guna kulit nanas. Kupas buah nanas. Pastu letak la kulit dia di setiap rak dalam peti tuh ya senahhhh.....
 Pistttt....pissssttttt.... senah janji tau. Ini rahsia kite je. Jangan kasi orang lain tahu ok hahhahahah ......
Bye.

4 comments:

SYANI said...

Bagus tip ni.. Esok nak cuci peti ais lah..

HijrahKuKeranaMu said...

TQ cik melor. Tak pernah terfikir plak letak roti tuh, yg tau letak arang jer.. susah weh nak cari arang, pastu takan nak beli seketul jer kan

Cik Melor said...

syani
bagus esok jgn lupa cuci. try tengok betul ke tip tu

Cik Melor said...

hijrah
lupakan arang kite pakat pakai roti lakkkk