Sunday, October 27, 2013

Nasi Ayam Harum Kasturi

nasi ayam
upppsiiiiii...lupa letak sup sekaliiiiiii

Hai senaaahhhhhh..... nak tahu hari tu kan 'ai masak u'. Masak nasi ayammmmm....... senah jangan tak tahu. Dah bertahun-tahun tak masak nasi ayam tiba-tba kite masak uuuuuu......Suspen takkkk?????

Anak kite suka makan nasi ayam laaa senahhhh....  Akak selalu beli nasi ayam kat 1 kedai tu. Nasi ayam dia ni boleh dikatakan sedap lah juga. Tak muak lepas makan. Ayam nyer banyak nasi pun banyak. Beli 2 bungkus boleh makan 4 beranak. Sebungkus rm 4.50 senah wehhhh....

Sekarang nih dah tak boleh beli 2 bungkus kena beli 3 bungkus. Cukup-cukup untuk makan berempat. Kalau nak lebih sedap kena beli 4 bungkus baru boleh makan sampai kenyang membuntal hihihihihiih........

Sebab nasi ayam dah naik rege jadi rm 5.00 hengget sebungkus, rasa macam mahaaaaalllll..... sangat. Kedekut dah mariiiiiiiii ahaksss.... Hati pun berkata-kata 'kenapa aku tak masak sendiri, bukan tak tahu masak nasi ayam'.

So akak pun mengugel dan menyelak buku-buku koleksi masakan akak tuh, cari resepi yang paling senang untuk buat nasi ayam.  Maklumlah kite dah terkenal kurang terer di dapur, maka yang senang-senang aje lah  jadi pilihan hihiiihih.......

Akak try masak ikut cara nih, boleh tahan la rasanyer. Nak resepi tengok bawak yek....

Bahan Nasi

5 mangkukBeras
2 inci halia
2 helai daun pandan
3 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Cara buat nasi - Masukkan semua bahan dalam periuk. Guna air rebusan ayam untuk tanak nasi hingga masak.

Cara buat ayam

1.rebus air hinga mendidih. Masukkan ayam dalam rebusan air mendidih selama beberapa minit.
2.angkat sejat ayam hingga kering.
3.goreng ayam hingga kekuningan

Cara buat sup

air rebusan ayam
1 ulas bwg putih
1 inci halia
Daun sup
Garam.
1 kiub knor

Cara-cara- Ketuk bawang putih dan halia. Masukkan semua bahan termasuk yang di ketuk ke dalam periuk berisi air rebusan ayam dan renehkan. Perasakan dengan garam.  Masak, tutup api dan tabur daun sup..sedia utk di hidang

bahan untuk cili

10 biji cili merah - ditumbuk
1 inci halia - di hiris
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka
1 mangkuk kecil gula

Cara buat cili - masukkan semua bahan  dalam periuk masak sampai mendidih.

Bahan untuk kicap

1 mangkuk kecil kicap pekat
2 inci halia di hiris
2 sudu besar tepung jagung
sedikit minyak bijan
air

Cara buat kicap - masakkan kicap pekat dengan halia hingga mendidih. Masukkan garam, minyak bijan. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air.

resepi asal  gerai N3. Bye

9 comments:

LadyBird said...

salam akak.. lady nak cubelah nanti.. nampak mcm senang jerk.. hehe :D

LadyBird said...

akak, lady dah follow akak tau.. salam perkenalan :D

Suzie said...

Melor , cuba guna beras wangi untuk nasi. Mmg sedap dan sebiji mcm nasi kat chiken rice shop.

mala said...

belanja la aku nasi ayam ni thn dpn ..

Melor said...

lady bird

time kasih sudi singgah dan follow .akak pun dah follow balik lady bird

Melor said...

suzie
rumah kite xde beras wangi tika masak nasik ni. guna beras biasa aje. lain kali nanti buat pakai beras wangi

Melor said...

mala
hang ngan cheq, hang lagi sedap masak nasik ayammmm.... hahahaha

Yati said...

Sedapnya nasi ayam. Jadi dah tu Melur, lepas ni tak yah beli dah. :)

Melor said...

yati
melor ade jumpalagi satu resepi nasik ayam simple dan lebih mudah nak buat. nanti dah try kite tayang lat blog hihihi