15 August 2013

Raya 2013 @ Pasir Puteh


cmelor - family

Hai senaaaahhhhh..... lama akak melor tak update kan. Bulan posa penat + sibuk. Dah abis posa pun masih gak penat nak mengapdit. Penat sebab banyak makan kih.....kih.....kih......

Raya kali nih akak sekeluarga cuti panjang. Sekali harung senah wehhhhh....cuti raya + cuti sekolah. Rasa nak lelama kat  kampung terchenta. Tapi tak bolih la senaaahhhh, 1 sebab balik tumpang ketoooo orang. 2. balik akhir2 nanti jalan jam pulok. balik awal pun jam gak kalau lambat, senah bayangkan lah sendiri. 

Cite banyak nak kongsi tapi gambar tak banyak yang boleh di kongsi sebab lupa nak snap gambar. Fakto tua gamaknye sebab tu la lupa kih...kih...kih....

Takpe lah akak cite jugok dan senah cubalah imagin sendiri deh hihihiihih...... cite versi melayu tau jangan duk buat versi tamil senah yaaaaa.....

Bila tiba hari raya, acara yang paling top sekali ialah acara makan-makan. Tapi tak le akak gelojoh. pagi raya tuh lepas je orang semayang raya. Pakat-pakat kami kumpul di rumah bonda terchenta. lepas tu, kami pakat gi ziarah kubur ayahanda kat perkuburan kampungg Bukit Yong. 

Senah nak tahu di kampung Bukit Yong nih le akak lahir. Dah takdir tertulis lahir situ walau ayahbonda bukan asal situ. Dan situ gak le arwah ayahanda akak di kebumikan. Tetap balik jenggah rumah pusaka walaupun akak dah 20 tahun tak tinggal di rumah itu lagi. Sedih tengok rumah dan tanah dah jadi macam hutan simpan kekal. Rumah lak macam tunggu masa je nak roboh. Hai la penyewa tak boleh ke kamu jaga rumah pusaka itu dengan sepatutnye. 

Balik rumah kite singgah rumah sedara mara. Lepas tu belasah la senah weh apa yang dah di masak tuuuu. Lepas tu tolak balik kampung bonda. Kecoh senah wehhhhh.... Takde benda lain acara makan, makan dan makan. Lepas magrib acara bakar duit pulok. Main mercun la senahhhhhh........ Balik ke pasir puteh kite anak beranak terus pengsan kepenatan dan kekeyangan kih...kih....kih....

1 benda yang buat kite bangga, bila tengok bandar pasir puteh dah berkembang besar. Mau sesat akak kalau kluar toyang-toyang nih. Selalu duk baca cite dari group sscs je tentang pasir puteh ku. Bila tengok sendiri rasa puas sangat. Entah bila pulok boleh balik lagi nih. Tak puas sebab tak dapat meneroka ceruk bandar lelama. Hemmmmmmm.......nanti lah akak cite lagi ya senah. Bye

3 comments:

JunAina said...

Raya part paling best tentulah makan, makan dan makan je. Masa tulah nak jumpa segala jenis makanan yang menjadi kenangan kita waktu kecik2.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin.

Cik Melor said...

Yup masa tulah kite dapat makan sambil bernastolgia hihiiih
selamat hari raya n maaf zahir batin gak untuk mu

MADiSYAK said...

Selamat Hari Raya. masih belum terlambat kerana saya sendiri hari ini baru menyambutnya sepenuh hati.