04 May 2013

Bunga Pukul Sepuluh Itu, Saya Tanam Tau

Saya Ayuni, nama glamo saya makcik google. Ibu kata saya di panggil macam tu kerana masa ibu mengandungkan saya, ibu gila sangat dengan tenet. Hari-hari ibu godek pc dari 'o' ibu jadi  pandai tentang tenet.

Cite ibu lagi, selama 3 bulan ibu obses dengan tenet tiba-tiba ibu jatuh sakit. Ibu tak boleh tengok tenet. Ibu rasa nak muntah pandang pc. Lepas tu ibu dapat berita gembira yang saya akan lahir ke dunia. Sebab itu la saya di panggil makcik google.

tip & hobi berkebun

Bulan julai nanti umur saya 3 tahun. Saya pun macam ibu. Selain suka godek komputer, saya suka tanam pokok bunga maaacaaaam ibu saya. Tengok lah, bunga pukul sepuluh tu saya yang tanam. Saya posing ngan bunga saya tanam untuk buat kenangan.

tip & hobi berkebun

Gambar atas tu mata saya pejam tak cantik. Gambar bawah nih saya dah redi. Selain tanam bunga saya juga suka melawa. Tengok saya pakai rantai dan gelang yang ibu buat sendiri. Syyyy..... sebenarnyer saya paksa ibu buat rantai tu hihihihi.... kasihan ibu dalam sibuk-sibuk nak urus kakak gi sekolah terpaksa berenti dulu untuk buatkan saya rantai. Cantik tak rantai saya?.


Esok saya nak ikut ibu pergi ke suatu tempat tau. Kata ibu esok hari penting. Semua orang yang layak patut pergi situ. Kata ibu lagi, esok adalah hari untuk mengundi. Tak kisah la hari apa yang penting saya rasa sangat seronok dapat pergi. Ibu pesan esok jangan lupa pergi mengundi tau. Bye

7 comments:

mala said...

pangkah elok-elok k ...:-)

suka suka said...

kiut... slamat mengundi

Umm AA said...

ooo..inilah dia makcik google rupanya...hihih comel tuh makcik google nie...

Cik Melor said...

yup. aku nak pangkah la. hang duk diam-diam no. nanti tak kenaaaaa hiihih.....

Cik Melor said...

suka-suka
jangan lupa gi mengundi yaaaa

Cik Melor said...

ummuaidan
yaaaa..... inilah si makcik google yang panjang akal banyak songgeh

Nenek Yahoo said...

salam makcik google .. ini nenek yahoo. boleh kita berkenalan? nenek ni sangat suka tanam bunga. kalo ada masa silah ziarah blog nenek, mcm2 bunga ada, hehe :-)