Wednesday, May 8, 2013

" AKU DI MANA"


Pru 13 dah selamat. Tapi dalam kepala akak melor nih senah,  masih duk lagi berlegar-legar "Aku Di Mana", tika pru ke 11 dan 12. Di mana agaknyer akak ketika itu ya senah. Di gali-gali, di korek-korek ingatan lama tetap tak jumpa . Buat apa aku ketika itu sehingga lupa nak gi mengundi. Eh...eh...eh..... kut bizi, kut tak bercampur dengan dunia luar sekali pun, takkan la boleh lupa tentang hari penting itu. Sampai satu saat tu akak melor tanya ngan tuan pengarah.

akak : kenapa saya tak mengundi pru ke 12. Kenapa saya tak tahu tentang pru ke 12
tuan pengarah : mana saya tahuuuuu....
akak : kan 2007 tu saya dah bersama awak.
tuan pengarah : sengih kambing je. kuang....kuang.....kuang....

Iskh ...... boleh dia jawap dengan sengih kambing je. Kite betul-betul dia main-main lak. Tak tahu ke dia, bini dia nih keturunan cik siti wan kembang tau. Sekali dia naik aaangiiiin, habis terbang kain di ampaian hahhahahha....... baru dia tahuuuuuu..... 

Tak puas hati nih, cuba gak kite ingat-ingat dan baru la ingatan tu datang senah wehhhh.....Masa 2008 tu, akak tak mengundi mungkin keranaaaaa akak ada baby kecik, bersalinkan si hero. Lagipun masa tu rumah akak takde tenet, akak lak tak baca paper, tak tengok berita tv, tak campur dengan dunia luar beraaapa banyak tak daaaaa.... Hidup memang dalam rumah  je. Akhir 2008 baru akak mesra-mesra dengan tenet. Baru laaa dunia kite luas senaaaaahhhh. Kite pun dah jadi katak atas tempurung bukan lagi bawah tempurung hahahhah........ teruk tul la akak duluuuuu kan.

Tu pru ke 12. Pru ke 11 dimana lak akak ya. Korek lagi nih nak ingat, kenapa akak tak gi mengundi dan tak tahu pasal pru ke 11. Hah.....aaaa....... dapat pun ingatan tu. Rupanyer senah, masa tu akak baru lepas bersalin gak. Bersalin kan si dara tuh. Masa tu akak tinggal kat seremban. Dunia akak masa tu pun dalam rumah je. Kawan pun dengan pokok bunga aje awak tahu senah. Kesian akak ni kan. Sampai tak tahu apa jadi dengan dunia luar kih...kih...kih...ada jugak manusia macam tu kan. Nasib la kau labuuuuu......

Pru ke 10.... aaaaaa masa ni akak ingat. Masa ni laaaa akak melor 1st time gi mengundi. Mengundi kat kg baru kl awak tahu senaaaah. Masa tu kan, akak dah kawin dan tinggal kat kg baru, jalan haji hashim. Lama jugak la akak duk di kg baru tu dari bujang membawak ke kawin. Lepas tu akak pindah ke seremban selama 4 tahun dan kembali lagi ke kl. Pindah lagi nih ke kampung laman dan kembali lagi ke kl hingga lah pru ke 13 akak masih lagi di kl dan masih lagi mengundi di kg baru kl. Tapi yang seronoknyer kali ini akak dah tak bersalin. Akak bebas berlenggang kangkung gi mengundi sebab takde anak kecik nak ganggu kih...kih...kih.....

Pru kali nih akak sungguh teruja dan rasa amat terkilan sebab termiss 2 kali pru. Harap-harap lepas nih akak dapat gi mengundi tiap kali pru. Moga-moga di panjangkan umur amin. Niat kena ade ya senahhhhh hiihihihih.....Bye.

4 comments:

tenku butang said...

hai.. salam kenal..

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Melor said...

terima kasih follow blog kite. dan kite pun dah follow blog awak.

smRose said...

jom mengundi lagi lima tahun...hehehe

Melor said...

smrose
yup 5 tahun lagi kite ngundi