Saturday, April 6, 2013

Tip Pilih Corak Kain Ela Mengikut Saiz Badan

Haiiii senaaaaah...... Masih lagi mood kain. So akak melor cite lagi la pasal kain. Bukan apa senah seronok berkongsi apa yang kite tahu nih. Lebih-lebih lagi bila apa yang kite kongsi tu orang suka. Macam cite pasal anggaran kain hari tuuuuuu. Laaaa n3 hari tu. Senah lupa ya. Kalau lupa senah klik sini Uuuuiiii....... senah mencanak-canak kite punya uniq dan pageview tau. Eeeeeeee...... suka... suka....suka....tau.bangga la tu. Bangga tu tak de la, tapi hidung kite kembang tau hihihihi....

Pesan mak akak melor. Kalau cite biar tamat, kalau makan biar licin, jangan tergantung. Nanti dot...dot..dot...  sambung sendiri ya senah. Jadi akak melor kena habiskan cite kain tu. Kali nih akak cite pulak cara pilih corak kain ikut saiz badan ya senah. jom kite baaaacaaaaa......

Bagi berbadan besar serta gebu
  1. Gi le kedai kain- macam kamdar, gulatis, nagoya. jakel. Nak voq lagi gi kedai yang moda-moda tuh.
  2. Tengok kulit lengan tu gelap ke terang. Kalau terang a.k.a kuning langsat tu, anda ada banyak pilihan. Rembat kaler ape pun takpe.
  3. Walaupun terang kena tengok saiz kite lak. Kalau gebuan a.k.a xl  sim like mi. Jangan di beli kain bercorak bunga besar, jalur kecik ke besar ke yang melintang. Nanti kite nampak lagi besar ya senah.
  4. Lagi satu jangan beli kain yang berkaki @ corak menegak. Kalau berkenan jugak dengan kain corak menegak nih boleh dimaafkan dengan cara senah beli la lebih kain tu. Contoh biasa beli 4 meter, senah beli la 4 meter suku @ 4.5 meter. Itu pun ikut design ya senah
  5. Cadangan ikhlas bagi yang senasib dengan akak ni, elok beli kain yang bercorak kecik dan corak berterabur. Efek dari corak tu akan membuat kite nampak slim tau. Trik tu senah oooiiiii.....
  6. Lagi satu petua ya senah. bila kite dah gebuan tu, sila la beli kain yang bertanah hitam untuk kite kelihatan slim 
  7. Pesanan lagi nih bagi yang saiz xl tu, jangan suka beli kain yang dah siap potong 2 meter, 2 meter tak cukup tau. Kalau nak jugak kena beli 2 pasang ya senah.
  8. Aderrrr lagi nih nak pesan, warna putih menyebabkan kite nampak lagi besar. So sendirik mau ingat laaa...
Bagi berbadan Slim 
  1. sama macam no 1 kat atas tu. gi kedai kain ya 
  2. kalau anda berbadan langsing tak banyak masalah nak beli kain. Kena ingat walaupun slim kena beli 4 meter gak. 3 meter tu cukup untuk anak dara yang baru nak sunti ya senah.
  3. elak beli kain yang berwarna malap. Nanti awak nampak lagi kurus. Kalau nak juga warna malap beli la yang coraknyer terang dan berbunga besar. Baru la seimbang orang tengok.
  4. elak juga beli kain yang corak jalur kecil menegak. lagi sekali kite nampak kurus. Berkenan jugak ni ngan corak jalur. sila beli corak jalur melintang ya senah. Efek dia kite nampak lagi besar.
  5. warna putih menampakkan kite lebih besar sesuai untuk orang kurus ya senah.
Bagi yang kulit hitam manis.
  1. hati-hati pilih warna kain. ada setengah warna tu akan menyebabkan kulit kite nampak makin gelap. contoh kalau pakai kaler hijau wooo...wooo...wooo...... kulit kite makin nampak hitam la senaaaaaah.
  2. untuk elak jadi lagu tu sila ya, sila pilih warna yang agak terang dan lembut. Tak caya? cuba try test pakai kain bunga kaler kuning mesti cantik berseri.
  3. tip lagi sebelum beli kain tu test letak kat atas lengan kite. Lepas tu tanyalah pendapat kekawan dan orang sekeliling kite yang ada masa tu.
  4. Tolong, tolong ya senah jangan sesekali tanya orang yang jual kain kat kedai . Sah-sah dia akan kata "cantikkkkkkk kak". orang berniaga senah paham-paham aje lah ye.
pissst...pissst..... tapikan akak rembat je kain ape pun asal cantik kat mata nih. Cuma sekarang nih akak berpantang corak bunga besar. Takut senah wehhhhhh ..... xxxl orang tengok nanti  huuhuhuuuu.....

p/s - tips nih cuma dari pengalaman akak sendiri ya senah. Pengalaman dari pembacaan dan juga kerja menjahit akak. So jangan di bandingkan tip dari akak melor nih dengan pakar jahitan dan juga pakar kainan ya. Bye....

5 comments:

HEMA OCTOVIA said...

yg tak tahan tu 'gebuan' tp kain 4 meter...lepas tu siap potong 2,2 meter. sakitnya time nak menjahit! kalau kain yg ada kaki lagi la poning dibuatnya...:)

Suzie said...

Dulu saya tukang tempah ikut suka je nak beli kain la ni dah jd tukang jahit pilih juga kain nak dijahit

Melor said...

hema
bettul tu. kena byk sabar hihiihih

Melor said...

suzie
semua bermula dari tak tahu, bila dah tahu tu pandai-pandai la kite pilih ya

zifa said...

senah-senah..lucu plak baca post akak ni..salam berkenalan...baru ketemu blog akak...tgk godek2 nak beli meter kain baju melayu...dah silap beli senah oi kain baju melayu..beli tahun lepas punya..buat baju melayu...seluar nak buat tuk raya ni...xckop..pi bli kain xhabaq cikgu..lagu ni la jd...tahun ni ntah ada lg ke x jns kain tu

senah...senah