Tuesday, March 5, 2013

"After 7 Years" Kuburan Itu Ku Jenggahi

Pagi ahad lepas, akak melor memandu ke kajang. Lama betul akak melor tak memandu ke sana. 7 tahun bukan sikit masa tu senah wehhhh. Pagi ahad tu hati terasa nak pergi, terus akak minta izin tuan pengarah untuk ke sana. Hajat hati tu nak pergi menziarah cucu ke 3 akak melor. Apa !!!! senah tak caya? Betuuuulllll.... akak dah ada cucu. Kategori cucu segera la sebab maknyer anak segera. Tak faham lagikah senah???? ahakksssss..... 

Masa pergi tu akak melor guna lebuhraya mrr2 sebab dalam hati dah terniat nak menziarahi satu tempat yang penuh kenangan. Bukan sekejap masa tapi 10 tahun lamanyer kenangan itu. Lebih senang guna mrr2 untuk singgah di situ. Sampai bandar kajang, akak melor sedikit keliru. Ya lah kawasan yang di tuju dah banyak berubah. Bangunan baru sana sini dah naik. Kecuali jalan ke tempat yang di tuju, masih lagi sama sunyi serta mendamaikan. Sepanjang perjalanan kami di hibur dengan nyanyian alam. Emmmm..... sikit menyeramkan la senah


Ini lah tempat yang di tuju. Tanah perkuburan tempat bersemadinyer arwah suami akak melor. Maaf kerna 7 tahun tidak ku jenggahi kuburan mu. Kini aku datang, datang bersama anakmu dan juga anak-anak ku.


Alang-alang dah ke kajang ambik kesempatan senah singgah kuburan arwah ayah si dara. Akak melor kena la bagitahu si dara kat mana jasad arwah ayahnyer di semadikan. Esok-esok takde la kite di salahkan kan kan senahhhhh.

Lepas sedekahkan al-fatihah, akak terus pemanduan ke taman bukit kajang. Melawat cucu segera. Dah 2 minggu bersalin, baru hari tu akak melor boleh melawat apa punya turrr..... la nenek ni kan hahahhha..... Nak wat camana nenek pun 3 selender cucu wehhhh....

Balik kl akak melor guna lebuhraya kl seremban. Saja je, bawak anak pusing-pusing makan angin. Kalau nak di kira balik ikut mrr2 lagi jimat. Sebab tol mmr2 cuma rm1.00 manakala tol klseremban rm 2.80. Emmmm rugi rm 1.80 hahhahaha... berkira nyerrrr dia....Bye.

9 comments:

ummuaidan said...

Bagus bwk anak dara senah kenal mana kubur ayahnya tu..nanti bila besar ia blh dtg sendiri

Wak Gelas™ said...

wak pon dh lama x ziarah kubur arwah bunda wak jugakk..,Uhuuu

Anonymous said...

Today, I went to the beach front with my kids.
I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to
her ear and screamed. There was a hermit crab
inside and it pinched her ear. She never wants to go back!
LoL I know this is totally off topic but I had to tell someone!


My web-site :: arthritis pain relief

Anonymous said...

There's certainly a lot to find out about this subject. I love all the points you have made.

Here is my site SEO Packages

Melor said...

ummuaidan
bapa si dara meninggal ketika dia masih kecil. melor tak pernah sembunyikan dari pengetahuan si dara tentang siapa bapa dia yang sebenar. jadi takde la susah melor nak terangkan nanti

Melor said...

wak gelas
hai wak gelas time kacih untuk kunjungan

Melor said...

arthritis pain reliefar
tq. cerita mu sungguh menghiburkan

Melor said...

SEO Packages

tq. sudi mengunjungi saya

Anonymous said...

Great article! That is the kind of info that are meant to be
shared around the web. Shame on the search engines for now not positioning this put
up upper! Come on over and talk over with my site . Thank you =)

Feel free to visit my blog best fat loss tips