Sunday, February 24, 2013

Zarul Umbrella Yang Ku Kenali



Sebelum baca senah klik la lagu kat atas tu. Sambil baca sambil dengar tentu lebih berkesan di hati ya senah. Semalam akak dengar lagu nih. Terus nostalgia zaman sekolah muncul di kepala akak melor nih. Kenangan akak melor bersama dengan the singging blogger kite yang satu nih. Senah tak caya ke? Caya lah senah ya bahawasanya akak melor bukan reka cite sememangnyer akak pernah mengenali si zarul nih.

Mungkin dan pasti nyer si zarul nih dah tak ingat ngan akak melor. Almaklum la akak ni masa  sekolah dulu bukan lah seorang yang glamo. Tak banyak mulut lebih-lebih lagi dengan budak lelaki. Tua pun tak glamo inikan pulak zaman sekolah. hahahhahah...... Tapi akak tetap ingat akan si zarul tuh. 

Kami pernah satu sekolah dan juga satu kelas. Meja dia di depan belah kanan, meja akak pun di depan tapi belah kiri. Masa tu tepi dia duduknyer budak nama shariff. Rapat juga dia dengan si shariff tuh. Mana perginyer dan apa jadi dengan budak tu sekarang akak  melor pun tak tahu. Akak lak masa tu sebelah akak duduknyer kawan baik akak nama dia Norazurainie Mohd Nor. Uuuiiiiii... glamo budak nih senah tau, Glamo sebab cantik dan lemah lembut. Tentu si zarul ingat dengan budak nih. Tadi siang akak melor gi melawat baby baru tau dan si nor tu la emak dia. Dah 4 anak dia zarul tau

Dulu masa akak melor kenal si zarul nih dia seorang budak yang baik, handsome, smart, kemas, pandai. Ramai yang menaruh hati ngan dia tau senah. Akak nih takde la taruh hati. Dulu masa sekolah akak tak bercinta. Lambat matang hihihiihhihi....... Tapi selalu duk perati gelagat diaorang semua.

Selalu la kalau pergi pasar akak tengok mak si zarul nih berniaga. Cantik mak dia sebab tu la anak dia pun dalam kategori handsome. Habis sekolah kami mengikut haluan memasing. Tup-tup akak dengar si zarul nih dah jadi artis. Lepas tu tup-tup dengar cite dia kawin. Meriah kawin dia senah. Lepas tuh tup-tup dengar di bercerai. Lepas tu tup-tup jumpa balik dengan dia as a singging blogger. Doa akak moga si zarul nih sentiasa berjaya walaupun dimana dan apa dia buat. Bye.....

p/s - sekadar berkongsi cerita mengimbas nostalgia lalu di hari minggu takde niat terselindung tauuuuuu.....

6 comments:

Aku Bapak said...

Kak Melur rupanye classmate Zarul Umbrella..

HEMA OCTOVIA said...

sekelas dengan artis rupanya melor ni. sy suka juga dengar lagu2 umbrella dulu, suara zarul memang sedap

Suzie said...

Rasa pernah jumpa dia jadi pramugara ....betul kot kan

Melor said...

akubapak
classmate kejap je

Melor said...

hema
kebetulan je tu sama class

Melor said...

suzie
klu tak silap la dia masih lagi jari pramugara