Friday, February 15, 2013

Kebaikkan Hias Rumah Dengan Pokok Hidup

gugel punye

Tau tak senah, warna hijau menggambarkan alam. Kesan dari warna ini dapat memberi suasana harmonis, teduh, santai, alami, menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan. Mengikut kajian sains warna hijau memberi kesan positif dalam membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus . Biar betul senah wehhhh...

Berikut pula adalah hasil kajian tentang faedah berkenaan pokok :

1. Berdasarkan kajian NASA pokok yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan toxin dalam udara sebanyak 87% dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah). Ianya menapis toxic seperti ammonia, formaldehyde, carbon monoxiside,, benzene, xylene dan trichloroethyene

2. Membuatkan orang rasa happy (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago). Kajian menunjukkan pesakit hospital yang memandang keluar tingkat melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh.

3. Berdasarkan kajian University of Agriculture di Norway, pokok yang ditanam dalam rumah dapat membantu mengurangkan batuk, sakit tekak, selsema serta masalah berkaitan sebanyak 30% iaitu dengan meningkatkan kualiti udara.

4. Didapati kebanyakan tempat kerja serta badan kerajaan yang meletakkan pokok di dalam pejabat. Kesannyer dapat meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti para pekerjanya (persekitaran hijau/pokok diletakkan dalam linkungan 45 kaki dari para pekerja)

Senah tau tak dunia kita semakin dicemari, oksigen yang kita sedut kurang berkualiti dek kerana letusan gunung berapi, pembakaran hutan, aktiviti perindustrian, jumlah kenderaan meningkat tiap saat, pembakaran terbuka, malah penggunaan alat elektrik seperti peti sejuk & penyaman udara juga mencemarkan udara kita (pelepasan gas cfc)

Jadi akak melor rasa topik kali ni adalah penting untuk semua ambil perhatian. Nak cerita pasal pencemaran udara ni pun panjang sangat sebenarnya. Senah gugel la sendiri yek. Yang penting akak nak kongsi pasal sumbangan pokok dalam rumah jeeeee..... hiihihih

Uppssss esok kite sambung lagi eerkk, nanti akak melor cite tentang pokok-pokok yang sesuai tanam dalam rumah dan keistimewaan pokok-pokok tersebut. Tunggu tau baiiiiii....

2 comments:

ummuaidan said...

betul tuh akak melor oiii....pasait tuh lah kot kat opis depa suka letak bunga idup kan jd hiasan

Lya Aziz said...

betul.. tapi bab nak menten tu yang malas.