13 February 2013

Ahli Baru

cmelor-family

Tahun ni kami terima 2 orang ahli keluarga baru lelaki dan perempuan. Ahad lepas akak melor sertai rombongan meminang di gombak. Adik lelaki akak melor dah berkenan dengan dara gombak, makanyer kami sekeluarga pergi lah meminang. Meriah senah uuiiiii...... mana tak nyer hanya 2 orang je adik beradik akak yang tak ikut serta kerana bekerja di penang. Mana yang dapat datang semuanyer datang. Ramai jugalah senah weh. Almaklum la senaahhhh, akak melor nih ramai adik beradik, 14 orang tuuuuu.... tolak 2 tak dapat datang di campur dengan pasangan dan anak memasing tak payah upah orang lain datang untuk meramaikan rombongan cik melor pergi meminang hahahhaha..... 

Biasalah bila ader je majlis macam nih tuan pengarah yang jadi tukang cakap sebabnyer, tuan pengarah la yang paling tua di antara kami lagi pun dia anak jati KL dah tentu la cakapnyer pun setendet. Tak le macam kami yang penuh dengan lograt kampung kelahiran hihiihihih........ Takut lawan berbincang tu tak paham hihiihihi...........

Tahun ni juga mokkumoh terima cucu baru. Sebenarnyer ipar akak melor bersalin 3 hari sebelum majlis jadi di bawa datang ke rumah akak nih, sebab rumah akak tak bertangga sesuai dengan orang baru lepas bersalin. Sori senah ya, gambar baby encem takde. Lupa nak snappppp.

Seronok senah wehhhh...... dapat mandikan baby. Mak ayah baru tak pandai, nenek lak takut, jadi akak melor je la yang  mandikan baby tu. 3, 4 hari jugalah jadi tukang mandi baby. Rasa macam nak baby lagi laaaaa senahhhhhh......

nak tak nak, nak tak nak, nak tak nak,.................. babyyyyyyyyyy........... masa yang menentukan hihihihi...

2 comments:

Mila@Rimbun said...

meriahnyer famili... 14 orang adik beradik tuh, kalau balik kampung mesti tak cukup sebuah rumah tuh

Bapak said...

wah meriahnye famili Kak Melor. tahniah terima ahli dan bakal ahli keluarga baru