Emmmm...... terharu sungguh akak. Walaupun tak berupdate masih ada yang sudi menjengah. Setia sungguh mereka itu. Terima kasih la akak melor ucapkan pada pembaca semua kerana rela menjadi pembaca setia blog akak melor nih.
Akak masih lagi dalam mood yang pelbagai. Kadang baik, ada kala merudung tahap gaban.Tentu pembaca tertanya-tanya dan nak tahu kenapa jadi begitu. Mari akak cerita. Alkisahnyer gini le cite yang berlaku, dugaan sungguh...........
- anak-anak tetiba je tak sihat. Demam lepas sorang-sorang. Bila dah tak sihat tau aje lah ragam bebudak nih. Yang jadi mangsa akak le si ibu mereka.
- belum habis dengan demam akak terima berita kematian anak saudara sulong. Berkejar akak adik-adik balik ke kampung dengan harapan dapat le menatap wajah nyer buat kali terakhir. Hati akak melor rasa sangat sedih. Tak ada mood nak buat apa-apa. 4 hari juga la akak balik kampung teman kan kakak yang tengah bersedih tu.
- Balik dari kampung anak-anak akak tu sambung balik demam. Lepas satu-satu termasuklah akak sendiri rasa kurang sihat. Penutupnyer dengan tuan pengarah yang tak sihat.
- yang paling utama penyebab blog tak update adalah kerana line tenet kat rumah akak ni meragammmmmmm. Baru 2, 3 hari ni elok dan hari ni baru akak melor ada rasa nak menaip.
tu le benda-benda yang buatkan mood akak ni kelaut perginyer. Bila mood jadi gitu semua benda terbabit sama. Papapun terima kasih lagi sekali kepada pembaca setia blog akak.
3 comments:
al-fatihah utk arwah. harap2 semua dah sihat.
Al fatihah buat aruah dan untuk melur dan family semuga cpt sembuh..
Alfatihah untuk arwah anak sedara Melor.
Musim orang sakit, hari tu Yati ke klinik, punya ramai, sampai takde tempat duduk. Take care Melor.. :)
Post a Comment