Monday, September 24, 2012

Kurung Moden Ala Saloma


"Aaaaa..... leeeega nyer" macam kata hero akak. Akhirnyer berjaya juga akak melor siapkan 3 pasang baju kurung moden ala saloma ni. Selama tak online selama tu la akak duk berperang dengan kain serta merempit slow-slow dengan mesin tua akak tu, nak siapkan baju-baju tu. Bila siap dan hantar kat tuan baju rasa lega sangat. Rasa macam hutang berjuta dah habis bayar. Harap-harap tuan baju tu, gembira terima baju dia dan baju tu tak da masalah.

Tuan baju nak pakai gi kenduri orang kawin. Kiranyer keluarga belah perempuan @ lelaki tak le pula akak tanya. tapi keluarga terdekat pengantin la semua pakai kaler yang sama. Fesyen ikut suka kut.....  Mesti cantik kan. Terasa nak melaram macam tu gak la. Tapi kan senah, klu akak melor pakai macam tu, mesti ada yang lari bertempiaran, ada yang duk ingat hippo zoo mana la yang terlepas ekeh....keh...keh.... Tak pa la senah akak melor berangan je la dalam mimpi pakai macam tu sambil bernyanyi-nyanyi bawah pokok rambutan macam dalam cite bujang lapok. Adegan ramlee nyanyi dengan cik salmah


Dugaan betul akak masa menjahit baju nih senah tau. Mana tak nyer sena ooiii..... si makcik google tu buat perangai selama akak duk siapkan baju-baju tuh. Kasihan dengan tuan baju tu tentu le dia dah serik nak tempah baju dengan akak lagi huhuhuuuh..... Awak tau senah baju yang boleh akak siapkan dalam masa satu hari tapi akak ambik masa lama nak siapkan . Ni gara-gara makcik google meragam tak tentu pasal. Kain pun boleh tahan jugak ragam nyer . Sempat le akak melor ni telan 2, 3 biji panadol, sakit kepala senah ooiiii....

Sementara siapkan mana yang masih bersisa dan tunggu tempahan yang dalam perjalanan nak datang tu. Akak ambik peluang belai-belai pokok di laman. Sayang banyak yang mati. Ada gak yang hidup segan mati tak mau. Baja + gembur mana yang perlu. buang mana yang mati. dan tanam mana yang boleh. Tu la kerja akak melor kalau tak menjahit. Kerja rumah tu memang dah semestinyer senah kaaaaannnnnn......

4 comments:

mala said...

bila larut malaaaam ....

JaSSNaNi said...

wahhh.. TAHNIAH cik melor.. siap gak akhirnya.. lawa apa.. pesyen skrg baju kontot2 plak.. nak wat gak utk raya next year ni.. :)

Suzie said...

wah cantiknya melor...best ni gi kenduri

suka suka said...

dah lama jual mesin jahit he he..suka kat org yg pandai menjahit ni...