01 August 2012

Jahit Manik Pucuk Rebung

Ayukkkkk..... Senaaaaah akak lupa lagi la. Penat akak menabur, alih-alih siap terus dibawa pergi yang empunya. Tak sempat nak abadikan sebagai kenangan dan yang penting promosi untuk bisneh akak melor nih huhuhuuh.......

Nak tahu apa yang buat penyakit lupa akak melor bertambah parah. 

1. Umur. Makin menuju senja nih, perangai lupa tu kian menjadi-jadi hahhah...
2. Posa, daya tumpuan lari sikit. Masuk hari pertama posa hero gi sekolah pakai gymwear. Biasanyer gymwear pakai untuk hari jumaat je. Time balik, eh..eeeeehhh...boleh lak akak melor lupa jemput si hero dari sekolah. Sibuk2 nak cuci kain baru teringat anak belum ambik dari sekolah. Bekejar akak gi ambik hero di sekolah.

3. Makcik google. Masuk je bulan posa nih , si  makcik google tu meragam je kerja dia. Adusssss susah betul la akak melor nak buat kerja hingga kan masak untuk berbuka pun cincai aje. Si makcik google tukan, dia nak kite nih duk tilik + belek dia je hari-hari, jangan buat pa-pa. Sekarang nih dia dah tak nak tido siang, malam pun klu akak tak tipu-tipu tidur xdenyer dia nak lena. Ibunyer lak pantang letak kepala terus hilang, manik entah dimana tuan badan lagi la melayang entah kemana, tido mati terus ke pagi hahhaah......... ambik kau labu.

4. Gelabah. Sebab kan selalu gelabah + bedebar takut x sempat siap baju kussstomer. Pegang sana tak kena pegang sini tak kena. Kelam kabut jiwa akak melor tau senah. Sampai akak cakap dengan tuan pengarah, " aduh penat juga jadi tailor ehem.. ehem.. nih. Nak jadi tokey je lah. Senyum kambing tanpa kata si tuan pengarah.  Rasa sakiiiiiiiiiit je hati akak melor nih senah. Ingatkan boleh la dapat kata-kata semangat ke, perangsang ke @ gosokkan manja ke. Hampeh senyum kambing je dia bagi kite huuhuuhuhuuh.

5. Lain-lain perkara yang buat lupa nanti akak fikirkan ya hahhahhaha.......

Tak lupa akak sertakan gambar baju yang akak jahit lepas tu akak jahit manik pucuk rebung lak kat baju seorang kussstomer cilik akak. Sempat snap sebelum kasi kat bibik orang tuh. Alhamdullilah hasil tangan akak lulus hahhhahah...... So ada berani ? boleh colling-colling akak buat tempahan tapi lepas raya la uhukkkks...




4 comments:

kasihibu said...

cantik. sya suka tengok jahitan manik dekat baju nampak meriah

Nur said...

Wah, Melor pun boleh buat manik sekali. Patutlah sibuk. :)

Cik Melor said...

kasihibu
melor pun suka meriah

Cik Melor said...

Yati
bakat terendam hihiihi. itu la yg buat melor sibuk