Thursday, April 19, 2012

Padi Ku Tabur Manik Yang Tumbuh

Tengok gambar di atas tu sungguh nostalgia kan. Terkenang pula akak melor zaman kanak-kanak. Masa tu terkedek-kedek akak berlari di batas padi. Di hembus angin petang. Mengail pula puyu dan sepat berbatang kailkan buluh dan bemban serta umpan belalang yang di tangkap di celah dedaun padi. Ohhhhh..... indah sungguh ketika itu.

Terasa diri macam izah lak. Alaaaaa izah dalam cite ombak rindu tu. Tapi sayang akak tak secantik izah dan kawin pun bukan dengan anak dato' yang kaya raya sehensem aaron aziz. Cerita hidup akak tidak la sesadis hidup izah. Kami lain, tak sama macam kata maya karim dalam iklan apa tah? lupa la. Apa yang awak melalut nih melor oiiii.... Pegang kuat-kuat senah akak kona baring nih nak balik ke topik asal hihihihi......

Suka sungguh tengok orang tanam padi. Part yang paling best sekali masa musim 'nyabut' proses cabut anak padi sebelum 'chedung'. Chedung tu, proses tanam anak padi dalam petak sawah yang berair. Part nih akak melor tak suka sebab dalam air tu ada lintah. Eeeeee..... akak geli la senah. Dari satu proses ke satu proses sekali sekala akak melor try juga buat menda-menda tu semua. Sekadar nak merasa keseronokkan nyer.

Keluarga kami tak ler tanam padi tapi ada buat khidmat sewa kabota sejenis pembajak tanah untuk di sewa pesawah. Kami hanya orang luar kerana mengikut ayahnda yang ditukarkan ke situ. Nak buat camana, cari makan senah ikut aje la arahan pihak atasan. Tapikan senah tak tersangka la pula, keluarga akak terus menetap di situ sehingga kini.

Ahhhhhh....... rindunya la akak melor kat kampung, bonda, kekanda , adinda, kawan-kawan, ayam itik, bunga-bunga serta pokok-pokok yang pernah akak tanam dulu. Tahun ni genap la 20 tahun akak melor tinggalkan tanah tumpah darah ku itu. Andainya aku burung pasti dah lama akak turbangggg pulang. Waaaaaa waaa akak nak balik kampung laaaaa. Rinduuuuuuu..... hua...hua...huaaaa....

Apa kena mengena pula tabur padi tumbuhnya manik nih..Senah nah tahu ke? aaaaa.... sekarang ni, akak pun menabur juga cuma akak tak tabur padi tapi akak tabur manik. Sama penat la dengan tabur padi tapi dua-dua nyer beri keseronokkan. Masa menabur manik akak masih lagi di tiup angin senah, tapi angin kipas laaa hihihihi. Tak der lintah tapi sekali sekala akak di ganggu nyamuk dan lalat. Seronokkkkk senah. Lega akak melor sekarang senah sebab dah siap menabur manik di 2 helai baju. Apa, senah nak tengok. Tak boleh la post kali nih sebab tuan dia belum tengok lagi dan masih ada beberapa pasang baju yang perlu akak tabur dengan memanik . Nanti lain n3 akak tunjuk hasil taburan tu kat senah ya.

8 comments:

mamawana said...

Nice and smart...

Melor said...

mamawana
sesekali mengimbau nostalgia seronokkan mamawana

Nazayiena said...

Dulu2 pun Nurul ada jugak pegi sawah tlg emak....
Nanti jgn lupa tayangkan baju yg dah tabur manik tu....

kasihibu said...

teringat waktu kecil, duduk di kampung dengan arwah atok dan uwan
meriah suasananya di sawah padi

Suzie said...

tak pernah tanam padi tapi pernah tanam jagung dan ubi kayu sekeliling kolam ikan .3 biji kolam.

Melor said...

nazayiena
dulu selalu main2 kat sawah + tgk2 org tanam padi. kite sendiri tak de tanah sawah jadi tgk je la org punya
insyaallah 1 hari melor tayang manik yg di tabur tu

Melor said...

kasih ibu
anak2 sekarang tak bebas macam dulu.mcm2 hal buruk duk ada

Melor said...

suzie
melor pun x pernah tanam tapi curi2 cuba jiran punya. nak merasa la katakan hihihiih.