16 April 2012

La Cucur De Bawang

cucur bawangSambil-sambil duk menunggu makcik google balik dari ambik hero kat sekolah, akak melor sambung jahit manik di baju kussstomer. Penatnya akak nak menyiapkan manik tabur nih senah oiii..... Habis berterabur jadual seharian akak kerana manik tabur nih. Haiks nak buat camana dah kerja akak senah. Nak tak nak kena siapkan juga. Amanah orang tu senah oiii.....

Dalam pada tu tekak ni terasa nak makan. Nasi tak lalu pula. Macam ternampak-nampak cucur di pinggan. Sah la tekak akak ni nak merasa cucur senah. Nak kena buat nih. Selera kena di layan nanti dia merajuk akak melor juga yang susah senah......

meleleh liur makcik google nenggokkan la cucur de bawang akak ihiihihih......

Selongkar peti ais dan kabinet mencari apa yang ada untuk di buat cucur. La bilis dah habis rupanya. Yang ada hanya udang kering je. Ok takpa kita buat cucur bawang taruk udang kering. Best juga nih. Kalau senah tak pernah rasa cuba la buat pasti sehingga menjilat jariiiiiii.


akak pula yang meleleh liur nenggokkan makcik google makan. Tak boleh jadi nih.......

Apa, akak tak dengar la. Ooooooo senah nak resepi ya. Alaaaaa senah, bukan susah sangat nak buat La Cucur De Bawang + Udang Kering nih. Campur semua bahan kacau bagi sebati jadi la dia. Apa? senah nak akak tulis resepi jugak. Ok laaaaa, akak tulis resepi nyer. Tapi senah kena buat tau, jangan salin aje . Lepas tu simpan buat harta pusaka. Penat tau akak tulis Lagi pun ini resepi turun temurun keluarga akak. Kiranya rahsia la, tapi senah punya pasal akak bocorkan rahsia tu supaya senah dapat rasa kesedapan La Cucur De Bawang warisan keluarga akak ni. hihihiiiii.......

La Cucur De Bawang CMelor

Bahannya:

gandum
bawang besar
udang kering rendam tumbuk kasar-kasar
garam + gula
air suam

Caranya :
  1. gaul sebati semua bahan n biarkan seketika
  2. panaskan minyak goreng cucur sehingga kekuningan
  3. hidang mengikut citarasa senah bersama sos kegemaran
  4. apa lagi gap aje la sehingga gip cucur tu hahahhah...
hihihi jangan marahhhh........ I Luv U.

6 comments:

mala said...

aduh! sedap pulak la tengok cucoq bawang cicah sos!

Cik Melor said...

mala
ang buat n post cucur oman lak

nazayiena said...

Meleleh air liur tgk cucur de bawang tu....

Masya said...

bile campur air suam cucur akan lebih lembutkan...

Cik Melor said...

nazayiena
hihiihi. tgk model pun dah meleleh liur

Cik Melor said...

masya
ada juga yang kata masukkan sebiji telur pun boleh lembutkan cucur tapi klu nak betul2 lembut masukkan secubit soda bikarbonat dah pasti2nya lembut