Thursday, March 15, 2012

D.I.Y Bookmark

Kiah, awak buat apa tuuu.... free tak kiah hari ni? Akak melor nak ajak kiah buat kraf la. Dah lama simpan kertas keras ni. Hajat hati tu nak buat bookmark kiranya DIY la kiah. Bukan apa kiah kalau buat kerja berteman ni meriahnya lebih idea pun bertambah. Kalau kiah tak ada kertas keras ni, kiah boleh pakai apa-apa kertas je janji keras atau guna aje akak melor punya. Akak melor tak kisah kiah. Sumpah kiah akak tak kedekutttttttt.

Kiah selalu beli teh uncang dalam kotak kan. Aaaa .... dalam kotak tu ada di sertakan kertas keras yang dah siap terpotong. Fungsi kertas keras tu sebagai divider agar uncang teh tak berterabur. Biasanya kita buang bila uncang teh dah habis pakai. Kali ni kiah jangan buang. Kite recycle kertas keras tu jadikan bookmark selamat duit singgit dua kiah. Kalau kita susah singgit dua tu besar nilainya kiah. Takda orang senang-senang nak hulur kita singgit dua kiah.

Kiranya ni projek recycle + diy + jimat. Berapa banyak kite untung kat situ kiah. Lagi pun senang je nak buat bookmark ni kiah. Akak melor tunjukkan cara-cara nak buatnya ya.

Bahan-bahan yang di perlukan :-


cara membuatnya :-

  1. potong kain perca tu mengikut kata hati kita ya kiah
  2. tampal kain tu guna gam kraf
  3. biarkan kering
  4. tulis la apa yang kiah suka
  5. tapekan kertas tu ya kiah
  6. kalau nak cantik kiah hantar kedai laminatekan bookmark tu tapi kena keluar belanja la kiah
  7. kalau kiah sayang duit kiah gunakan tape besar tu dan laminate kan sediri bookmark tu.
  8. lubangkan belah atas dengan hole punch
  9. ikat riben. Siap
Senangkan, boleh la kite buat banyak-banyak. Untuk guna sendiri, sebagai hadiah atau pun kita boleh dermakan untuk jualan amal kiah. Dua-dua kita dapat kiah, dunia dan akhirat tu mana nak cari lagi kiah.

6 comments:

Suzie said...

comel ...boleh suruh budak-budak buat

hema octovia said...

cantik la,kreatif juga buat mcm tu...boleh buat byk2 utk penanda novel hihihi

Nazayiena said...

Rajinnya melor dan comel2 plk tu...

Melor said...

ya kraf tuk anak2. bagi dia org ada kerja nak buat hahah

Melor said...

hema
lps nih x payah beli penanda buku lagi . diy je, kain perca tu byk kan.....

Melor said...

nazayiena
rajin tu xde la. saja suka2 buat bila xde kerja nak di buat hihih