04 January 2012

Puas Bila Memandangnya

Salam semua.... n3 pertama melor untuk 2012. Lama juga tak menconteng di sini. Rindu pula rasa hati. Hari ni melor nak berceloteh pasal anakanda melor si dara comot tu. Hari pertama nya ke sekolah. Haaaaa...... tengok tu, dia bergaya menanti kedatangan makcik van sekolah. Mak nya pula kembang hidung dan senyum meleret kerana melihat si anak bergaya dengan hasil tangan sendiri. Penat menjahit hilang bila si anak pandai melafaskan 'terima kasih ibu buatkan kakak baju sekolah'. Kalau boleh kasut, stokin pun melor nak buatkan tapi kite tak de kepakaran. Jadi cukup la dengan hanya baju, kain dan tudung daku yang jahitkan.

Sibuk duk siapkan orang punya alih-alih anak sendiri punya tak siap-siap. Jadi pagi tadi dengan penuh azam dan semangat daku tekan pedal mesin jahit nak siapkan kain kain si dara tu. Rasa macam pelumba kereta kat litar lumba dibuatnya. Akhirnya sempat la juga si dara pakai kain baru untuk ke sekolah hari ni.

sambil tunggu van. 3 permata di hati bonda

Sebagai ibu tentu kita rasa seronok dan bahagia bila anak suka dengan apa yang kita lakukan. Penat lelah semasa megerjakannya hilang bilamana anak tersenyum puas. Agak-agaknya ibu-ibu lain pun sama rasanya ya.....

6 comments:

mala said...

mesti la puas .... semuanya dari mama .. :-)

Cik Melor said...

mala
love mama

Mila@Rimbun said...

bestkan dapat tgk anak pakai hasil usaha kita sendiri....

Cik Melor said...

mila@rimbun
betul, betul

Nur said...

Untung Melor pandai jahit. :)
Tudung tu cantik je, terbentuk. Teringat dulu masa Yati sekolah rendah, tudung kerepot je, macam karipap. Hehe..

Cik Melor said...

yati
haahh dulu kite pun kerepot juga tudungnya