Wednesday, November 30, 2011

Tip Rawat Pokok Kari Di Makan Ulat

tip laman
pokok kari kita berdaun baru

Hai senahhhh......... kita ada la tanam pokok kari aka daun kari la. Tapi pokok kari kita selalu kena serang dek ulat yang macam lintah berwarna hitam tuh. Senah kena tak?. Jahat tau ulat tuh. Kalau dah makan tak ingat kat tuan pokok semua dia bedal. Sampai tuan pokok nak masak kari pun masalah tau.

Bila dah jadi lagu tuh, kita togelkan pokok kari biar tinggal batang je Lepas tuh kita buang daun yang rosak tuh jauh-jauh. Nanti pokok kari kita akan keluarkan daun baru tau senah. Masa tuh, kita suka tengok pokok kari kita jadi segar bugar semula.

Senah jangan la takut, tak kan mati pokok kari tuh kalau di buat gitu. Ada pengalaman sebab tuh kita berani cita dan kongsi dengan senah. Ini cara kita. Senah ada cara tersendiri kah? kalau ada kongsi-kongsi la dengan kita ya.....Bye 

Tuesday, November 29, 2011

Keladi Belang

macam kepala kuda belang pun adakan

Salam semua......mari berkenalan dengan keladi belang hiasaan. Cantiiiiiik pokoknya tau. Sekali pandang terus jatuh cinta. Dari spesis xanthosoma sp merupakan famili araceae dan nama tempatan keladi belang. Tapi nama glamournya keladi tengkorak hahaha.

Orang suka tanam keladi belang sebagai pokok hiasan kerana kecantikkan bentuk, warna dan corak daunnya yang tampak unik dan menarik. Tak percaya tengok la sendiri gambar yang melor tempek kat atas tu. Bukan ke cantik tuuuuu. Cuba lihat daunnya yang berbentuk seperti anak panah berwarna hijau tua dengan corak berbelang-belang hijau muda di tetulang tengah dan tepi. Haih..... tak jemu mata memandang

Cara nak tanam keladi belang ni tidak la sesusah mana. Asal cukup syarat yang di minta, hidup subur la dia. Permintaannya pun bukan la tinggi dan sukar untuk kita penuhi hanya perlukan tanah yang sentiasa lembab dan kaya dengan baja kandang. Keladi belang tak tahan panas kalau kena panas berlebihan boleh menyebabkan dedaunnya lecur. Sekiranya terjadi potong daun berkenaan untuk merangsang pertubuhan daun baru. Keladi belang sukakan cahaya yang separa teduh sebab tu la sesuai nak buat hiasan dalam rumah.

Ada 2 cara nak biakkan keladi belang ni, satu cara dengan belah rumpunnya dan satu cara lagi dengan gunakan ubinya.

Keladi belang ni sukar untuk di perolehi dan hanya terdapat di nurseri yang besar dan harganya mahal sedikit. Bagi mereka yang berminat berniaga, pokok ini boleh di biakkan untuk dijual dengan harga yang mahal kerana ia sukar di perolehi.

Untungkan kalau kita tanam keladi belang ni, tak cerewet nak tanam macam sesetengah pokok tu dan yang penting mahal harganya di pasaran. Apa lagi jom kita pakat pi tanam keladi belang ni. Untung-untung boleh jadi tokey keladi belang. Makcik kayoooooooo hihiih .

Saturday, November 26, 2011

4 Sudah Saya

Salam semua... semalam cukup 4 tahun kelahiran hero saya. Rasa macam baru semalam aje saya melahirkan dia. Masih lagi teringat-ingat keadaan ketika itu. Pejam celik pejam celik kini dia sudah 4 tahun. Kerenah dan kelasakkannya membuatkan saya kekadang hilang sabar,. Saya jadi rindu pula masa dia masih bayi baik sangat tak banyak ragam. Tak puas rasanya saya belai dia. Lumrah kehidupan yang kecil akan membesar, yang besar akan pergi tinggalkan kita. Maka saya kena terima hakikat yang hero saya akan terus membesar. Doa ku semoga my hero jadi anak yang soleh, berjaya dan bahagia selama-lamanya.

birthday boy

Friday, November 25, 2011

Menyepi


Salam untuk semua....... 2 minggu menyepi dari dunia maya. Timbul pula kerinduan di hati. Apa khabar dan apa cerita agaknya kawan2 semua.

Masih ada dan tidak kemana-mana cuma pc saya buat hal. Bertapa ia di kedai selama seminggu maka seminggu juga lah saya tak merayap di alam maya. Bila pc dah balik kepangkuan seminggu lagi mood hilang kerana masalah fb. Tak tahu nak minta tolong pada siapa.

Itu lah keburukan dalam diri bila bermasalah mood terus lari. Rasa nak menyepikan diri dari segalanya.

Ada sesiapa yang boleh tolong saya tak?

Wednesday, November 9, 2011

Bukan Belas Bukan Simpati

Terdengar burung berkicauan
ke sana sini terbang berkawan
sedangkan diriku keseorangan
dalam dahaga kasih dan sayang

tiada beribu dan berayah
tiada saudara hendak bermanja
andainya engkau pepohonan rendang
bawah bayangmu aku menumpang

menangis ku sendiri
ketawa pun sendiri
berpanjangan keresahan hati ini
siapa la yang tahu
sakit pening diri ku
tiada bertempat ku mengadu

bukan mengemis bukan meminta
hati terhiris ku pendam kan saja
bukannya belas bukan simpati
niat yang ikhlas letaknya di hati

ku dengar burung menyanyi
berterbangan bebas di angkasa
walau sesekali terasa ingin
tabah ku terima takdir yang esa

Saturday, November 5, 2011

Lelah a.k.a Asthma

Ketahui Tentang Penyakit Lelah. Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?

Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori

1. Unsur alahan

2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.

3. Unsur emosi.

Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk boleh lelah. Kanak -kanak begini , apabila sahaja terkena jangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.

Tekanan emosi boleh timbul di kalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lelah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.

Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan , jangkitan dan gangguan emosi.

Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi (wheezing). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas ( nocturnal asthma ).

Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).

Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?

Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan mengukur tahap satu jenis antibodi yang dipanggil IgE dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi IgE yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap penyakit lelah pada masa akan datang.

Apakah yang perlu dibuat jika lelah menyerang kanak - kanak ?

Ibu bapa hendaklah sentiasa bertenang supaya anak mereka itu tidak mudah berasa takut kerana ini boleh memburukkan lelahnya itu. Ubat - ubatan yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama ada diberi dengan cara pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh digunakan dengan berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian ubat ini akan ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak - kanak itu tetapi memang diakui yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan cara menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil kalau dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika kesesakan nafas meningkat hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak berupaya bercakap , adalah dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.

Ada beberapa jenis ubat - ubatan yang boleh digunakan oleh para doktor seperti ubat yang mengandungi bahan theophylline , steroid , sodium chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan ubat - ubatan ini mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu prinsip umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan , unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut diambil kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu seseorang doktor itu memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada ibubapa. Ada ubat - ubatan yang khusus bagi memberhentikan lelah dan untuk digunakan bagi mengelakkan berlakunya lelah.

Satu perkara yang penting difikirkan apabila seseorang kanak - kanak itu sesak nafas ialah kemungkinan saluran pernafasan tersekat oleh benda - benda seperti biji kacang atau biji saga dan sebagainya kerana ini menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit lelah. keadaan ini memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan kerosakan pada paru - paru yang boleh membawa maut.

Bagaimana hendak mencegahnya

Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.

Walaupun ukuran antiobodi IgE tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.

Dalam usaha mengenali alahan - alahan para doktor menyarankan supaya ujian - ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak yang menghidap lelah. Ujian ini dijalankan dengan mengunakan ' antigen ' yang disyaki sebagai unsur alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.

Ujian - ujian ini kadangkala boleh mengelirukan kerana walaupun seseorang itu sudah dipastikan alah kepada sesuatu unsur mengikut keputusan ujian ini tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini akan menimbulkan lelah.

Untuk merawat lelah dengan berkesan ibu bapa perlulah memahami keadaan ini dan bekerjasama dengan para doktor supaya nasihat yang disarankan diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan mungkin terpaksa diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi pernafasan kanak - kanak itu tidak terjejas.

Kesimpulan

Ibu bapa yang anaknya lelah perlu tahu dengan mendalam tentang penyakit ini kerana mereka memainkan peranan yang penting di dalam program rawatan anak mereka itu. Mereka perlu mengetahui faktor - faktor yang boleh menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi faktor - faktor seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .

Ubat - ubatan yang ada sekarang adalah efektif untuk merawat dan mencegah lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian besar kanak - kanak yang menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti - aktiviti seharian sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat rawatan dengan sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan selepas menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan yang ada pada masa kini

kasihan makcik google tiba-tiba aje di serang lelah.......

Wednesday, November 2, 2011

Berus Gigi


Tahukah anda berus gigi merupakan tempat pembiakan kuman paling aktif. Seeloknya kita menukar berus gigi dalam tempoh masa 3 bulan sekali. Jangan tunggu rosak dulu baru nak ditukar nanti boroi la perut kuman-kuman tu semua huhhuhu....

Tuesday, November 1, 2011

Hujan - Saya suka

Salam semua..... tips untuk suburkan dan segarkan tanaman kita. Selain tanam bunga melor juga suka tanam ulaman dan tanaman dapur yang lain. Ala tanam pokok-pokok herba untuk buat masak tu. Salah satu cara melor untuk segarkan tanaman itu ialah dengan, jeng ! jeng! jeng!

'Hujan'. Bila hari hujan je melor akan angkat pasu-pasu pokok yang di bawah teduh letak kat kawasan lapang bagi kena air hujan Perasan tak pokok yang kena siraman hujan nampak segar lain macam berbandingkan dengan siram guna air paip Tak caya ? cuba la perhatikan dan praktikkan.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi pada saya ia berkesan.