29 November 2011

Keladi Belang

macam kepala kuda belang pun adakan

Salam semua......mari berkenalan dengan keladi belang hiasaan. Cantiiiiiik pokoknya tau. Sekali pandang terus jatuh cinta. Dari spesis xanthosoma sp merupakan famili araceae dan nama tempatan keladi belang. Tapi nama glamournya keladi tengkorak hahaha.

Orang suka tanam keladi belang sebagai pokok hiasan kerana kecantikkan bentuk, warna dan corak daunnya yang tampak unik dan menarik. Tak percaya tengok la sendiri gambar yang melor tempek kat atas tu. Bukan ke cantik tuuuuu. Cuba lihat daunnya yang berbentuk seperti anak panah berwarna hijau tua dengan corak berbelang-belang hijau muda di tetulang tengah dan tepi. Haih..... tak jemu mata memandang

Cara nak tanam keladi belang ni tidak la sesusah mana. Asal cukup syarat yang di minta, hidup subur la dia. Permintaannya pun bukan la tinggi dan sukar untuk kita penuhi hanya perlukan tanah yang sentiasa lembab dan kaya dengan baja kandang. Keladi belang tak tahan panas kalau kena panas berlebihan boleh menyebabkan dedaunnya lecur. Sekiranya terjadi potong daun berkenaan untuk merangsang pertubuhan daun baru. Keladi belang sukakan cahaya yang separa teduh sebab tu la sesuai nak buat hiasan dalam rumah.

Ada 2 cara nak biakkan keladi belang ni, satu cara dengan belah rumpunnya dan satu cara lagi dengan gunakan ubinya.

Keladi belang ni sukar untuk di perolehi dan hanya terdapat di nurseri yang besar dan harganya mahal sedikit. Bagi mereka yang berminat berniaga, pokok ini boleh di biakkan untuk dijual dengan harga yang mahal kerana ia sukar di perolehi.

Untungkan kalau kita tanam keladi belang ni, tak cerewet nak tanam macam sesetengah pokok tu dan yang penting mahal harganya di pasaran. Apa lagi jom kita pakat pi tanam keladi belang ni. Untung-untung boleh jadi tokey keladi belang. Makcik kayoooooooo hihiih .

2 comments:

Aaron Faizal said...

waa kak melur, sya pun ade satu pasu kat rumah saya..~^^ memang cantik,,, & sya ade juga beli pokok ini yg hybrid jenis puple red ~^^

Cik Melor said...

akak dp free aje dik. lps tu biakan.
ada juga jenis hybrib ya