Tuesday, June 28, 2011

Yeyyyyy..... Dapat Hadiah

Salam semua.... dah 5 hari tak posting apa-apa, bukan tak da cerita tapi tak da mooood nak taip. Mungkin sebab penat terkejar-kejar dengan anak-anak dan kerja sampingan ku itu. Kekawan caya tak pada tuah. Ala tuah yang macam orang tua-tua kata tu " tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu" ahhaaaaa Melor nak cerita pasal tuah tu la kali ini.

Tengahari tadi dalam duk sibuk siapkan anak dara nak ke sekolah dan juga nak menjemput si bujang balik dari sekolah loceng rumah ku di ding dong orang. Oh rupanya pakwe skynet yang datang. Suspen la jugak sekejap daku dibuatnya. Yeaaaaaa..... melor dapat hadiah. Pemberian seorang kawan blogger sebab komen ku berjaya memikat hatinya. Tak sangka hanya dengan 1 perkataan aje melor dapat beg calvin klein colour purple free. Suka tau kalau dapat yang free2 ni hahahah...... terima kasih ya puan aly aziz.

besar boleh isi banyak barang ni

di kepilkan sekali tester ni

dan ini

Sebenarnya puan aly aziz ni bagi hadiah tiap- tiap bulan kepada sesiapa saja yang jadi follower blog dia dan tinggalkan komen di setiap n3 yang di post. Macam-macam hadiah ada tau. jadi sesiapa yang nak hadiah boleh le melawat blog puan aly aziz ni dan jangan lupa komen n3 yang di posting tu. Untung-untung tuah menyebelahi kekawan pula.

Thursday, June 16, 2011

Alahai Kampung Ku

Salam semua.... hai lamanya tak menconteng kat sini, rindu pula rasa hati. Bukan apa sebenarnya diri ni di belenggu perasaan malas yang teramat. Gini la bila berjalan jauh. Apa taknya bila balik dari berjalan banyak benda yang perlu di bereskan terutama acara mencuci baju, kemas rumah, siapkan tempahan yang tertanguh dan bla, bla, bla........ . Akibat dari aktiviti itu mula la badan ni penat semacam dan angin malas menebal kat badan hahaha.

Hampir 5 tahun melor tak balik kampung dan lihatlah panorama yang terhasil. Hijau sehijaunya. Takut pula melor nak meninjau kat situ. Kalau dulu semasa arwah ayah ada kami adik-beradik tak pernah nampak panorama macam ni. Semuanya bersih dan teratur dan disini juga lah tempat kami bermain. Kalau ada yang mencari rumah kami pasti akan ada yang berkata " jalan aje kesana dan cari rumah yang paling bersih banyak bunga itu lah rumah datuk mat" seakan menjadi 'trademark' pula untuk keluarga kami hahaha. Kasihan... tenaga bonda yang dah dimamah usia tak mampu untuk menjaga tanah peninggalan arwah ayah ni. Aaahhhh.... rindunya, rasa macam nak ulang balik saat-saat indah itu. Kalau la boleh di ulang semula mau rasanya melor undur dan susun balik perjalanan hidup ini. Boleh ke buat macam tu???

masa yang sedikit itu melor habiskan dengan mengajar anak-anak tentang tumbuhan yang ada di sekeliling rumah. Dan hasilnya.... anak dara melor dah pandai menanam jambul nanas. Katanya ' bila dah berbuah nanti nenek boleh makan'.

ini pula si dara and the gang tanam pokok rumput. Orang buang rumput dia pula nak tanam rumput, cantik katanya.

kat kampung melor nama pokok ini ialah 'pokok katak puru' kat tempat lain melor tak pasti pula namanya. Rupa buahnya sangat hodoh berwarna coklat dan mengerutu macam badan katak puru tapi rasanya teramat sedap. Sejenis pokok hutan atau 'aksotik' dan ambil masa untuk membesar serta amat sukar untuk di temui. Melor amat-amat la suka makan buah ni sehinggakan sanggup tanam untuk mendapatkan buahnya. Bertahun-tahun juaga la melor tanam baru sekarang pokok ni keluarkan hasilnya. Tapi sayang, melor yang tanam orang lain yang merasa hasilnya. Balik hari tu buahnya semua dah habis. Pokok ni susah nak didapati begitu juga dengan buahnya. Semasa mengandung hari tu melor mengidam nak makan buah ni merata la melor cari akhirnya melor order dari kampung. Kat kampung melor hanya 2 rumah yang ada pokok ni. Itu yang melor tahu la. Maaf ya melor memang suka makan masakan kampung, buahan kampung, hidup cara kampung, tengok panorama kampung dan lain-lain tentang kampung. Almaklum la aku orang kampung hihihiiiiii.

anak-anak melor bebas bermain. Cuma sedikit risau dengan si bujang yang jakun bila lihat kereta bertali arus di jalan raya depan rumah. Apa tak nya, jalan tu besar '4 line' kenderaan pula laju tak berhenti siang malam sentiasa ada.

Satu benda yang melor tak suka tentang kampung ku ini, tak dapat nak on internet sebab talian tak ada. Kalau ada pun teramat la lembab. Sedang kan melor tak boleh jauh dengan tenet. Kelam rasa hidup ku bila tak bertenet huuuuawaaaaaaaaaaaaaaa.....

Monday, June 6, 2011

Horeeeeeeey .... Balik Kampung


salam semua.... gembira betul rasa hati apa tak nya, malam ni melor nak balik kampung. Emmmm.... dah lama melor tak balik rindu tu usah dikata la. Balik dengan bas aje. Dapat juga bagi anak pengalaman menaiki bas. Sebenarnya dah tak tahan rindu bas pun bas la janji melor dapat balik kampung. Sejak berubah alam dari 'single' ke beranak-pinak ni melor dah jarang balik. Ye la kalau ada baby susah sikit nak berjalan jauh. Selalu melor kena fikir 2, 3 kali sebelum buat keputusan nak balik kampung. Bukan apa keselesaan anak-anak kecil yang perlu di utamakan. Kalau di buatnya sampai kat sana mereka meragam, kan ke susah juga. Hancuuuussss semua program yang dirancang. Tapi kali ni melor redah aje sebab dah tak tahan rindu dengan masakan bonda serta ingin menatap keindahan kampung ku. Bukit dan sungainya ahhh... rindunya.