Salam semua..... semalam melor dan anak-anak pergi ke zoo negara. Bawa anak-anak tengok kehidupan yang ada di sana. Kasihan dah lama anak-anak minta dibawakan ke sana tapi melor tak berapa nak pergi sebab suasananya panas dan bau-bauan yang ada di sana sungguh tidak menyenangkan. Tapi demi anak-anak ku gagahi juga pergi. Sebenarnya zoo negara dengan rumah kami tak la jauh sangat. Kalau nak ke sana hari-hari pun boleh.
Semalam kami ke sana dengan di temani adik lelaki melor bersama isterinya. Gembira betul anak-anak melor. Bila dah kepenatan baru la masing-masing merenggek nak balik. Tapi sayang masa pergi ke zoo tu melor terlupa nak bawa kamera. Tak dapat la melor rakam saat-saat riang kami itu. Kalau tidak boleh la melor kongsi dengan kekawan semua tengok keindahan zoo negara. Banyak aktiviti yang di adakan. Elok kalau bawa anak-anak ke zoo boleh juga mereka belajar tentang binatang secara live. Jangan lupa pergi zoo negara kalau nak rasa keseronokan yang ada di sana.
Orang ke zoo nak tengok binatang tapi tidak pula bagi ku. Melor lebih teruja melihat keindahan faunanya. Terasa nak cabut pokok-pokok yang cantik tu bawa balik tanam kat rumah hahhahah kalau dah gila bertanam, lalang pun nampak cantik.

6 comments:
saya pula bawa fmily ke zoo taiping...situ kecik sket, takdela penat sgt :)
ohh sama la kite. penat meronda zoo. janji anak happy kira ok la. tq sudi singgah blog saya.
Dah lama tak pi zoo negara. Last sekali kami pi, nasib baik buka payung. Sekali burung bangau putih kat area depan gajah tu terbang atas, sambil 'melepas', jatuh atas payung. Hehhee...
dah tak larat nak pi zoo negara :-)
salam melur....lama tak sapa melur...sihat ka...:)
Post a Comment