09 December 2011

Lipstick Plant

keadaan bunga setelah kembang sepenuhnya

Salam semua.... koleksi eksotik di tamanku. Mari kita berkenalan dengan lipstick plant ni dan mengetahui apa keistimewaan yang di milikinya sehinggakan ramai yang mengilainya termasuk la daku dan burung kelicap. Selalu taman ciput melor di datangi burung kelicap untuk mencari madu bunga ni. Tapi sayang tak sempat nak snap gambar sebab situasi ini berlaku dengan pantas. Lagi pun bila disedari kehadiran manusia burung-burung tersebut akan terus terbang.

Dalam banyak-banyak pokok yang ada di laman ciput melor hanya pokok ini aje yang melor tidak berapa tahu tentangnya. Misteri sikit la. Bila di google tak banyak info yang dapat. Di campur pula dengan malas nak usaha cari maklumat jadi melor akan cerita mengikut pengalaman menanamnya sendiri. Rasanya pengalaman lebih baik dari teorikan.

Kalau ikut pengalaman melor la lipstik plant ni tak berapa gemar berada di tempat yang panas sangat. Ia memerlukan sedikit lindungan supaya dedaunnya tidak melecur. Untuk proses berbunga ia memerlukan cahaya matahari yang tidak terlampau. Gemarkan kelembapan tapi tidak suka pada air yang bertakung. Kerana pokoknya tumbuh padat tak berapa sesuai untuk gunakan baja biji kerana boleh melecurkan bahagian yang terkena baja. Seeloknya gunakan baja semburan. Sesuai sebagai tanaman gantung

bunga sebelum kembang

Tips untuk pokok sentiasa berbunga dengan cara potong atau cantas pokok apabila habis proses berbunga . Ini mengalakkan pertumbuhan pucuk baru yang akan mengeluarkan bunga baru, Jangan lupa sembur baja untuk mengalakkan pokok berbunga. Kalau rajin selalu le sembur dengan air dari cucian beras.

4 comments:

JaSSNaNi said...

oooo ada gak pokok bunga lipstic yer.. hihih 1st time tengok ni..

Cik Melor said...

jasnani
ya itu pokok bunga lipstik. cantikan

Aaron Faizal said...

cantik..

Cik Melor said...

jaejae
tq.