31 October 2011

Fabric Snap Clip


Salam semua....amboi tajuk. Ada ke kena mengena dengan apa yang hendak melor tulis ni. Sikit tu ada la kenanya kata orang sipi-sipi. Sekadar cerita pasal kerja kraf melor buat. Sekarang ni angin nak buat sepit rambut jadi melor buat la. Layan angin sendiri hahahahah. Bunga dari fabric cotton. Ada senang dan ada juga susah nak buat bunga-bunga tu semua. Sampaikan melor rasa putus asa la kerana tak menjadi seperti yang dikehendaki.

Sepit -sepit rambut tu semua melor buatkan sebagai stok untuk CMelor's Shop dan juga untuk anak dara melor si kakak dan makcik google pakai. Opppss makcik google tak boleh pakai sebab tak da rambut. hahahhah lagi sekali.

Ini merupakan keluaran pertama CMelor Collection untuk sepit rambut bunga dari fabric cotton. Teringin la juga nak buat sepit rambut dari kain felt macam orang lain buat tuh. tapi duk terfikir rugi pula kalau tak dibuat apa-apa dengan perca kain yang melor ada. Bukan semuanya perca tau ada juga yang memang melor beli khas sebab suka dengan corak kainnya.

Tunggu la keluaran sepit bunga-bunga melor yang lain ya, Ada macam-macam jenis bunga lagi. Maklum la gila bunga. Dari bunga hidup sampai bunga kain jadi kegilaan. Asal nama bunga kita suka tau. Kalau nak lebih info boleh la klik Cmelor's Shop kat hujung atas sebelah kanan tuuuuu ya.

2 comments:

JunAina said...

sweetnya...tapi aina dah tak ada baby yang boleh pakai kakak dah bertudung sekarang.

Cik Melor said...

junAina
sebagai hadia untuk anak buah pun boleh kan.