Sunday, October 30, 2011

Peace Lily

Salam semua..... semalam balik dari kedai terus aje kemas laman ciput melor. Makcik google belum bangun jadi ambil peluang mengemas laman . Kalau makcik google jaga tak boleh nak buat kerja. Dah lama pokok-pokok kesayangan melor terbiar tanpa belaian. Tiada keceriaan bila melihat ke arah taman ciput ku itu.

Masa duk mengemas terpandang la akan pokok peace lily ni. Dah berusia hampir 5 tahun peace lily ku ini. Pernah berniat nak buang aje sebab tak berbunga dan daunnya rosak di makan siput b*** tapi rasa sayang pula. Jadi melor letak la dia tersorok dari pandangan. Tak rasi dengan tangan atau daku yang tak pandai menanggani kehendak pokok tu sebab tu la tak berbunga. Seingat melor la peace lily berbunga masa mula beli dulu lepas tu langsung tak berbunga sampai la ke hari ni.

Melor tanam pokok ni sebab suka tengok bunganya yang unik, putih bersih indah di mata ku. Kalau diperhatikan kebanyakan bunga yang terdapat kat taman melor ni banyak warna putih. Kebetulan atau memang melor gemarkan warna putih, yang pasti bunga-bunga tu semua berbau harum.

Mari kita mengenali spesis spathiphlyllum wallisii dari family araceae ni. Nama jolokannya Layar Putih (white sail) atau Lily Aman ( peace lily). Ditanam kerana daun dan bunganya yang unik dan cantik serta berbau harum. Di beri gelaran peace lily sebab bentuk bunganya seakan-akan bunga lily dan berwarna putih.

Boleh dibiakkan dengan cara belah rumpun. Peace lily ini sangat sukakan keadaan lembab dan campuran tanah yang peroi dan kaya dengan humus. Perlukan cahaya yang banyak untuk mengalakkannya berbunga tapi boleh juga di kawasan yang sedikit terlindung. Elok di gunakan baja organik. Kalau mengunakan baja kimia elakkan terkena pokok kerana boleh menyebabkan lecur.

Idea pameran pula elok tanam secara kelompok dan gandingkan dengan pokok yang lain bagi mendapat hasil yang menarik. Melor tanam dalam pasu aje.

Keuntungan boleh di dapati dari bunga ini dapat buat bunga potong untuk gubahan bunga hidup. Tanam banyak-banyak dapat buat bisnes bunga potong. Bagi melor dapat pandang bunga aje pun dah cukup memberi ketenangan.

Tip bila tanam peace lily ni, sentiasa buang daun kering dan berpenyakit untuk kelihatan kemas dan cantik sentiasa. Peace lily ni mudah kena penyakit jadi semburlah dengan racun makluk perosak yang banyak terdapat kat nurseri. Kalau rajin buat sendiri racun perosak lebih selamat. Melor buat sendiri aje takut mudarat kat anak-anak kalau pakai racun yang dijual tu.

Nanti melor kongsi cara nak bagi daun pokok bunga kita bersinar-sinar dan buat racun sendiri . Nak tahu ikuti la blog melor selalu. Rugi tau, sapa nak bagi ilmu/tips percuma sekarang niiiiii hahahhahah.

9 comments:

mala said...

Peace melor!

luahfikiran said...

SALAM,
ADA POKOK NI KAT RUMAH. TAPI TAK PERNAH TENGOK DIA BERBUNGA

HEMA said...

sy pun tanam bunga juga tp pokok ni takde pula...

Melor said...

mala
hang pun aku bagi peace hahhaha

Melor said...

lf
susah sikit nak berbunga kalau tak kena caranya. Godek2 kasi kena cara berbunga la dia

Melor said...

hema
byk jual kat nurseri.dulu melor beli anak aje balik tanam.merimbun belah rumpun tanam lagi, ada mati ada hidup. last sekali tingal 2 pasu aje. hihiihi

Jae.jae said...

Saya ade poko ni kat rumah,,, ia hadiah dri mum saya... alhamdullilah, die agak kuat berbunga~^^

Melor said...

jae2
maybe tangan saya tak rasi dengan pokok ni tu sbb la kurang berbunga

ita said...

sya ada dua je skrg byk yg dh mati