Salam semua..... dah masuk empat hari melor tak menulis. Ilham nak menulis tu ada tapi mood nya pula tak ada sudah nya blog tak berupdate. Hahahhah ..... sebenarnya itu semua malas punya pasal la.
Seperti biasa antara aktiviti bersama anak-anak iaitu bawa mereka keluar jalan-jalan, cuci mata dan kenyangkan perut. Terlalu lama tak keluar hari ni terasa la nak keluar. Tension tengok anak-anak duk bergaduh sesama sendiri. Mungkin lama sangat terkurung kat dalam rumah.
Kami pergi ke perpustakaan pulangkan dan pinjam buku baru. Mula-mula tu nak la lepak kat dalam pustaka tu tapi si hero melor jakun la duduk kat situ malu di buatnya. Dia buat aksi tarzan kat dalam tu. Bila semua dah mula jeling-jeling kat melor sebab anak bising melor pun cabut la dari situ. Selesai urusan buku kami pergi makan dan pusing- pusing cuci mata.
Semalam melor dapat jemputan majlis hari jadi anak kawan. Jadi niat keluar semalam selain bawak anak jalan- jalan melor nak mencari hadiah untuk si birthday boy. Bila dah jadi cerita hero bikin jantung ibu sakit. Semua benda yang di rancang habis berterabur.
Ketika ini la terjadinya hero bikin jatung ibu sakit. Selama ni tak pernah terjadi tapi semalam berlaku juga pada melor. Anak hilang dari jagaan. Selalu duk dengar cerita orang hilang anak. Semalam melor merasa macam mana perasaan orang hilang anak. Jantung laju je berdegup. Dalam kepala macam-macam benda yang terlintas. Merata la melor mencari. Last sekali jumpa la rupanya dia merayap mencari ibu . Usia 4 tahun apa la dia orang tahu sangat. Bagi mereka semua benda baik. Sapa tak sayang anak oiiiii..... Aduhai anak letih betul ibu ni melayan kerenah kamu semua.

2 comments:
dah pernah merasa apa yg melor ras
longgar kepala lutut, rasa nak pitam pun ada...
masa hantar mak ayah ke kelana jaya hari tu lagi pulak, laju je si hero meredah orang ramai penat dan jenuh mengikut.
Yati pun pernah merasa dulu, masa Hafizan hilang kat Tesco. Faham macamana rasanya.
Post a Comment