Salam semua.... datang tak di panggil, perginya pula terpaksa bersuruh.
Alangkah baiknya kalau datangnya diberi tanda
Alangkah baiknya kalau datangnya diberi tanda
boleh la bersiap apa yang patut untuk menghadapinya.
Lumrah duniawi sihat lawannya sakit, hidup lawannya mati.
Gitu la yang terjadi pada anak- anak melor.
Akibat nya 2 malam juga la kami terpaksa bermalam di sebuah hospital.
Entah mana silapnya melor sebagai ibu,
anak-anak yang sihat segar bugar tiba-tiba jatuh sakit.
kekadangkan melor terfikir apakah ini dugaan
atau pun balasan kerana melor ada melakukan kesalahan tanpa disedari.
Haru juga perasaan melor bila melihat putera dan puteri terbaring lemah di katil.
Hati ibu tak mampu menahan tangis
bila anak terjerit di cucuk jarum sang doktor.
Walaupun dah keluar dari hospital,
kesihatan makcik google masih belum pulih sepenuhnya.
masih sukar untuk tersenyum seperti selalu
belum lagi ceria seperti sebelumnya
Doa melor semoga anak-anak ku sentiasa sihat.
nasib la dapat bilik yang 2 katil. kalau tidak haru melor kena main kejar-kejar
2 comments:
irfan kenapa? ingatkan tumpang tidur ja...
Salam melur...sabar ya...Dia tengah menghimpun pahala utk seorang ibu tu...tak semua org dpt...yg terpilih sahaja....
Post a Comment