05 April 2011

Cara Mudah Ganti Alas Papan Gosok

Lamaaanya tak upaate blog. Kalau penyakit 'M' mula melanda semuanya jadi terbengkalai. Bayangkan kalau 1 dunia kena penyakit 'M' apa jadi dengan dunia kite kan.

Seminggu yang lepas kite melor ada beli 'ironboard' papan mengosok rm50.00/pcs untuk aktiviti menjahit ku. Tapi hempah, tak best buat gosok harga aje mahal kualiti '0'. Ada ke patut bila menggosok seterika akan melekat dengan kain pembalutnya.

Jadi semalam sebelum mula aktiviti menjahit kite pun mulakan dulu aktiviti membalut papan mengosok dengan kain lain.

Mari senah mari tengok cara mudah dan cepat nak balut papan gosok mengunakan bahan yang ada di sekeliling kita. Kitar semula la katakan.

tutorial & tip jahitan
alatan yang diperlukan untuk ganti alas papan gosok ialah kain ( kite guna kain sarong lama {recycle},gunting dan stapler besar.

tutorial & tip jahitan
lipat kain sebesar papan gosok jadi 4 lapis ( biar tahan lama). Potong kain ikut saiz papan gosok.

tutorial & tip jahitan
stapler sekemas yang mungkin disekeliling papan gosok macam dalam gambar.

tutorial & tip jahitangambar dekat macam mana kain di stapler

tutorial & tip jahitan
tadaaaaa..... kemas dan cantikkan. Kalau beli alas baru kat kedai mau harganya lebih rm10. 00 Kalau kat cosway dah rm 19.90 tak silap kite la. Dah dapat berjimat rm 20.00. Untung tak kalau kita D.I.Y sendiri.


9 comments:

mala said...

aku punya ironing board pun nak kena ganti dia punya sarong. sarong dia tak silap RM50 jenama Breville. nak tengok nanti blh tak stapler mcm hang buat ..

Cik Melor said...

mala
datang rumah tgk boleh la aku tanya pasal pc . dia buat hal lagi la

Hanis Azla said...

boleh cuba juga ni.. alas yg kat rumah tu pun dah patutnya kena ganti.. thanks yer..

mala said...

insyaAllah aku singgah petang ni nk hataq kain sekali

Mek Rose said...

sy pon berkira2 nak buh kain kapas je kat iron board tu
en suami sy tu tau la..iron lom betul2 panas dah taram kat baju/iron board..sudahnye terbakorrrrr sbb kain ironboard sedia ade tu jenis ape ntah.melekat2!

Nur said...

Bestnya ada stapler besor tu. :D
Yati gosok baju takde iron board, dah patah. Sekarang lapik sejadah dan kain pelekat encik husband. ^_^

Cik Melor said...

rose
ada lebih baik tuka aje alas tu dengan kain lain sebelum terlambat

Cik Melor said...

hanis azla
cuba la boleh papan gosok tu melaram nanti.

Cik Melor said...

yati
tak kira la janji kita selesa bila bekerja kan