20 March 2011

Bengang



Salam semua..... hari ini hati ku cukup rasa tertipu + bengang + terbakar + geram. Nak tahu kenapa? Mari sini Melor cerita. 2, 3 hari lepas Melor dapat la kertas iklan yang di hantar dari rumah ke rumah. Iklan sebuah kedai kain yang boleh dikatakan terkenal la juga. Katanya potongan sehingga 85% untuk kain yang di jual. Setelah di teliti ada potongan untuk kain cotton. Apa lagi melompat la daku kegembiraan. Jadi Melor pun pergi la ke kedai itu dengan hati yang berbunga-bunga. Mana tak gila kalau gini harga yang ditawarkan. Pergi la kat Italian Visco Cotton hanya ada 4, 5 pasang aje tu pun corak yang tak menarik. Daku pun buat la gatal mulut tanya berapa harga kain tu, Nak tahu berapa jurujual tu cakap rm 35 sepasang. Aku terkejut hai kenapa harga nya lain dari yang di iklan kan. Kata dia itu iklan yang dah lama. Sedangkan aku baru je dapat kertas iklan tu. Melor pun bising la sikit kata kenapa iklan lain datang kedai harga lain pula. Maka dapat la aku kain tu dengan harga rm 20.00 sepasang. Pusing-pusing memilih tak ada yang berkenan semuanya tak dapat menawan hati ku. Lagi pun harganya berbeza dari yang diiklankan. Dah nak keluar ternampak la kain cotton agak menarik sikit pergi la melor belek-belek tapi kain tu tak cukup 4 meter. Huh...kain lebihan kayu aje, dalam hati berkata tak pa bukan untuk aku. Lepas la kalau buat blaus untuk anak-anak. Jurujual tu macam tak suka dan tak nak layan aku nak beli kain tu tapi di heretnya melor ke tempat kain yang harga ratus-ratus sepasang tu masalah nya melor bukan nak beli untuk diri sendiri. 2 aje yang sempat melor tengok sebab meluat tahap gaban dengan jurujual kat situ. Sebab tak nak beli kain yang dia orang tunjukkan maka mereka bo layan sama melor. Jadi melor blah aje dari situ lepas bayar sepasang kain yang di ambil. Ni buktinya perbezaan bukan melor tipu tau.

English cotton - iklan rm 16.75 semeter - tak sempat tengok
Japanese Cotton Printed - iklan rm 9.75 semeter jadi rm 35.00 semeter
Italian Viscose Cotton - iklan rm 20.00 sepasang jadi rm 35.00 sepasang
Italian cotton stripe 60" (trussardi) - rm 39.50 semeter - tak sempat tengok

Tak kah kekawan rasa tertipu kalau lain yang di iklan lain pula masa kat kedai. Rasanya kalau pergi beli kain di Nagoya lagi puas hati layanan nya pun ok kalau nak dibandingkan dengan gedung kain tu.

13 comments:

Maiyah said...

assalam..
hehe.. sabar sabar, jgn terpedaya len kali ;)

IMANSHAH said...

wanita an..haha, maaf gurau je

JunAina said...

orang berniaga macam tulah gempak je lebih...nanti kena saman padan muka! tipu pengguna...

Cik Melor said...

maiyah
tak suka la klu tipu2.

Cik Melor said...

imanshah
hak kita sebagai pembeli kena tahu. nanti slalu kena tipu.

Cik Melor said...

junaina
betul2 tu melor sokong

Mila@Rimbun said...

tak suka sangat g kedai kain yg berdegar2 sale nyer.. kalau g kat situ.. mesti cakap dah abih stok.. amboi laku benor yerrr.. sampai abih stok...

Cik Melor said...

mila
kena hati2 lain kali tak mau tertipu. bukan takda duit nak beli tapi geram klu berniaga dengan cara tipu tak kira la niaga apa pun

Mek Rose said...

sy pernah terkena camtu
masa tu nak beli kain nak buat baju sanding

dia kate iklan lama..
kedai itu daha JAKEL
sori tulih sini nama kedai
sbb geram sgt
pastu bila ktia tak jd beli de[a cam nak marah2
giler

Mek Rose said...

kita pon suke beli kat nagoya aje
kain murah n salesgirl tak push2 suh beli

sal said...

ada je cara dia nak lakukan kain yg bnyk2 tuh yeee

Nur said...

Toksah percaya iklan-iklan ni. saje je cakap diskaun lebih, suruh kita pi, padahal harga sebenor lain. sabor je la, Melor.

Anonymous said...

melor,
tau takpe..
memang gitu la selalu taktik dia. iklan tu 75%, 85%.. tapi tak adanya. lagi satu suka mengikut belakang, pantang kita pegang nak rasa kain terus ambik wat turun. pastu kita taknak beli buat muka boring kan.. saya kdg2 nyampah jugak. kalau dia dok promote kain itu, ini saya jawab sesuka hati saya je kenapa saya taknak.. kain cepat rosak ke, harga mahal tapi takde kualiti ke.. kadang siap ajar promoter tu pulak jenis-jenis kain, kualiti, harga kat kedai lain.. hehe