25 February 2011

Ragam Mengidam

Salam semua.... saja je nak kongsi cerita pengalaman mengidam masa melor mengandung dulu. Indahnya saat itu tak dapat daku lupakan dan sensaranya saat itu juga sentiasa terpahat di sanubari ku. Mari baca ceritaku ini sebagai hiburan buat mu teman.

Ini anak sulung melor. Umurnya 8 tahun. Cepat betul masa berlalu dah jadi anak dara pun my princes ni. Rasanya baru semalam melor melahirkan dia. Semasa mengandungkannya melor gila tengok cerita lama terutama cerita P.Ramlee. Siang malam duk mengadap tv, pasang video dan cd cerita lama. Masa tu rumah melor ada player video yang boleh rakam cerita kat tv jadi melor selalu rakam dan ulang tengok cerita tu semua. Sampaikan melor ada koleksi cd cerita P.Ramlee dari awal hingga akhir. Bila diperhatikan my princes ini sukakan muzik.

Yang ini anak ke 2 ku. My little hero ni umurnya 4 tahun. Semasa mengandungannya melor gila tengok rancangan masak-masak tak kira la sapa yang jadi chef melor akan tengok. Kalau satu hari tak tengok rancangan masak melor tak boleh duduk rasa ada yang tak kena aje. Kalau tak da rancangan masak yang digemari boleh membuatkan daku mengalirkan air mata. Kerana ragam mengidam ini lah melor kenal chef-chef luar negara. Ala yang orang kata chef antarabangsa tu. Kalau di Malaysia ni melor jatuh cinta kat chef yang tak asing lagi iaitu chef wan. Jangan buat gossip tau, daku hanya jatuh cinta pada masakan bukan pada orangnya ok. Kalau luar negara melor suka Anthony Bourdain, Martin Yan, Marta Steward, Nigella Lawson dan yang seangkatan dengannya. Tiap-tiap hari melekat kat depan tv tengok orang masak. Tapi my little hero ni bila keluar tak pula kuat makan kurus melidi badannya.


Yang ni my little princes. Tapi kami panggil dia makcik google kerana semasa mengandungkan nya lah daku kenal google dan yahoo. Masa ini aku betul-betul jatuh cinta dengan intenet. Gila-gila punya cinta lah.

Masa ni juga la cikmelor mula kenal dengan dunia maya. Pada hal sebelum ni tak berminat nak sentuh pc walaupun internet, walaupun dah lama ada benda tu. Hanya tuan pengarah je yang mengunakan internet di rumah. Ketika ini lah lahirnya seorang lagi blogger bawah label 'Dunia CMelor'. Merangkak-rangkak aku belajar internet nak hasilkan blog dan apa saja yang berkenaan dengan dunia maya. Dari '0' tak tahu apa tapi sekarang aku dah sikit mahir dan masih lagi terus belajar.

Selepas 3 bulan aku gila internet tiba-tiba daku jatuh sakit tak boleh pandang tenet rasa nak muntah dan beralun-ralun perut ku dibuatnya. 3 bulan aku merana tak boleh pegang pc. Oh... rupa-rupanya daku mengandung lagi, patut la aku gila sesangat dengan tenet. Dari situ la gelaran makcik google terhasil. Nampak gaya anak ku ini suka dengan pc

Indahnya kenangan itu membuatkan daku tersenyum sorang-sorang. 3 anak 3 ragam. Cuma 1 aje persamaan yang ada antara ke3 orang anak ku ini . Mereka amat suka ronda atau jalan-jalan. Asal sebut aje ronda-ronda mereka pasti tersenyum lebar ini kerana semasa mengandungkan mereka daku kuat dan suka meronda huhuhu...........

1 comment:

anie,Nagoya said...

anak bak mutiara.tak comei pada mata org.tapi tetap comei pada mata si ibu.kan???