11 February 2011

Lapik Gelas Percuma

Salam semua.... dah lama tak menulis tentang koleksi barang free milik ku. Geng memgumpul jangan kecewa dengan daku ya. Bukan apa sebenarnya penyakit M banyak menghuni dalam diri ini. Malas betul nak memfotokan benda-benda tu semua. Ada sesapa yang boleh tolong?. Kali ni mari kita dengar 'stori' tentang satu benda yang betul-betul percuma. Iyaaa... betul-betul percuma. Satu hari tu masa melor dan anak-anak melayan aktiviti ronda-ronda letihkan kaki dan kenyangkan perut kami telah diberikan lapik gelas tu secara percuma oleh cik kak cashier. Ini baru betul-betul barang percuma. Produk dari Dutch Lady. Diperbuat dari plastik tebal sesuai digunakan bila minun minuman berais. Cantik jugakan.

1 comment:

JunAina said...

bak kata org tua2 rezeki jangan di tolak...