Wednesday, December 8, 2010

Murraya Paniculata

Salam semua..... cerita mengenai koleksi bunga wangi yang berada di laman ciput rumah ku pula. Nama pokok ni ialah Murraya Paniculata dari famili Rutaceae. Kalau kat tempat kita panggil kemuning, kemuning lada dan mock orange. Boleh ditanam untuk pagaran, topiari, dan sesuka hati la tepuk dada tanya selera, camana kita nak gubah dia. Melor tanam dalam pasu besar aje. Yang penting aromanya yang semerbak. Bila malam dan subuh hari haruman wangi bunganya amat menyenangkan. Boleh dibiakkan dengan biji benih, keratan dahan atau tut. Dikatakan berasal dari India. Berdaun rimbun, berbentuk ovate serta hijau berkilat. Bunga nya berwarna putih berkelopak 5 dan mempunyai buah berwarna merah bila masak. Paling melor suka, pokok ini sangat meriah bila berbunga. Boleh mencecah ketinggian 2 meter dan perlukan cahaya penuh, suhu panas, tanah gembur bersaliran baik dan kadar penyiraman yang sederhana untuk hidup subur. Amat bernilai dalam bidang kecantikan sebagai minyak pati dan ramuan bunga rampai. Manakala kulit serta akarnya sebagai ramuan pembuatan bedak muka.

4 comments:

IMANSHAH said...

dalam hati ada taman!!

MADiSYAK said...

Pokok ini mungkin pokok yang dipanggil 'Sedap Malam?'

Melor said...

imanshah
peminat hijau juga ke?

Melor said...

madisyak
mungkin juga. melor cuma tau org panggil pokok kemuning aje