Salam semua...... sesi kerastangan kali ni ialah tentang benda dalam gambar kat bawah tu ya kawan-kawan. Kita punya bahasa sebut tempat simpan plastik sampah. Orang putih punya bahasa sebut plastic bag holder. Melor sebut apa saja ku suka ahak3. Jangan marah nanti cepat tua tau. Sebelum ni Melor hanya simpan plastik2 ni semua dalam 1 beg plastik besar kat dapur basah Melor. Bila dah kat luar tu macam2 la keadaannya. Kekadang tu diterbangkan angin, kena hujan, kena panas dan yang membuatkan hati melor terbakar hangus bila ada kucing tak bertuan yang pergi membeser kat situ. Dah kena buang semua plastik tu. Nak letak kat dapur rasa macam menyemak la pulak. Tentu tak cantik mata memandangkan. Hai susah betul( bukan susah sangat pun melor je yang mengada-gada hehehe).
sebelum - hodohkan
Jeng! jeng! jeng! plastic bag holder handmade dari Melor. Sebenarnya Melor ni nak menunjukkan hasil kerastangan ku yang tak seberapa ni. Bertahun duk merancang nak buat baru sekarang terlaksana. Terlepas rasa beban kat kepala ni. Nak beli siap rasa sayang la pulak kat duit tu sebab boleh buat sendiri. Sudahnya bertahun la dok pakai beg plastik besar tuh. Sekarang boleh la Melor bergaya dengannya.
selepas - kemaskan
la la la dapur ku tak berselerak lagi. Ada sapa-sapa yang berkenan boleh usar2 kat sini. Tapi kena tungguuuuuu.
6 comments:
salam..
akhirnya siap juga :) alhamdulillah..
saya letak plastik2 terpakai dlm tong je. pastu tutup. sementara tunggu plastic bag holder ni siap..mcma k.melor le jugak, lama nak amik mood buat sendiri ni. rasa2 kalau pakai je sarung bantal panjang (bantal peluk) tu ok kot..hihi!
Salam...
Hihihi....mama pun sumbat jer plastik bag pelbagai tu dlm satu bag besak dan sorok blakang pintu dapur...
plastik aku byk.. nak kena pakai sarung bantal peluk adult... hehehe
lynn
tepuk dada tanya selera. hehehe
mamawana
tentu tak cantikkan.
mala
suka-suki kau la cik mala oooiii
Post a Comment