Salam semua...... n3 melor hari ni bawah label garden ya kawan-kawan. Bagi yang minat berkebun jangan lepaskan peluang membacanya. Rugi kalau tak baca banyak info berguna pasal pokok pegaga embun ni melor masukkan. Baca jangan tak baca. Penat melor buat kajian sebelum terbitkan entri ni. Haih sakit pinggang ni dibuatnya tau. Cukup la intro pengenalan tu sekarang mari kita fokus ke tajuk yang sebenarnya iaitu pegaga embun.
Ia juga dikenali sebagai pokok pegaga air. Selain boleh dijadikan ulam dan juga jus kesihatan ia juga boleh ditanam sebagai tanaman di ruang dapur, taman mini air dan lain-lain lagi. Pegaga embun adalah sejenis tanaman akuatik @ air.
Ciri-ciri menarik pada pegaga embun ini ialah daunnya bulat dengan tangkai yang panjang dan lembut. Warna daunnya hijau pekat, berkilat dan keras amat cantik sekali. Pada peminat hijau jangan lepaskan peluang untk tanam pegaga embun ni. Menanamnya pun tak la sesusah mana. Dan yang pastinya pegaga embun ni tak cerewet untuk dijaga.
Pembiakan hanya mengunakan stolon @ batang lelarinya yang berdaun. Kerat batang lelari yang mempunyai 2 ruas dan masukkan ke dalam mediun tanah berpasu. Juga sesuai ditanam secara hidroponik/air.
tapak penanaman
model tak berbayar untuk entry pegaga embun. Hensem kan?
Apa lagi kawan-kawan jom la kita pakat-pakat tanam pegaga embun ni kat rumah untung tau 2 dalam 1 boleh berjimat lagi. Slogan kata * hijau-hijau kan laman anda pasti banyak kebaikan yang kita dapat*.
11 comments:
ni kat belakang ka? tak sanggup nak mkn pegaga tu sebab cantik.
mala
kat belakang tu la tengah subur. semalam aku dah buat ulam weh..klu nak mai ambik
nak pi la ni.. kak narimah dah sms suruh gi tgk pasu ;-)
tebal kan pegaga ni..sy tak berapa gemor mkn camtu je..wat kerabu ok lagi..ehehe
lawa model
meh sini isi borang, jd model wkekeke
sedap ke pegaga ni x pernah mkn lah
rose
rasanya kurang sedap skt dr pegaga kg. melor lebih suka pegaga kg.
matahari
pegaga embun - blh makan, buat air, jadikan hiasan, buat kerabu, dll
Sha lebih suka rasa pegaga biasa.. pernah makan pegaga ni masa dlm pantang and tak blh nak telan :(
Jemput jenguk blog sha kalau berkelapangan Blh follow²... http://kamarfarisha.blogspot.com/
gemuk gile pengaga tu ek..
Tu kurang gemuk... kat rumah nenek saya, sebesar tapak tangan.
Dulu saya biasa blend pegaga ni dan telan.... untuk awet muda dan dalaman wanita... baik masa tengah berpantang.
pegaga ni memang sedap giler kalau di buat ulam. kena pulah cicah dengan sambal belacan.. fuhh.. telan air liur.. hehee
Post a Comment