18 November 2010

Bunga Pukul Sepuluh / Japanese Roses

bunga pukul sepuluhSalam semua..... ada orang panggil pokok ni ros jepun, moss rose, sun plant, bunga pukul sepuluh pun ya. Nama saintifiknya ialah portulaca dari famili portulacaceae. Ros jepun ni ada banyak bentuk dan rupa serta pelbagai warna yang menarik contohnya warna pink macam daku tanam tu. Tak rugi tanam pokok ni sebab ia senang berbunga kalau kena cara menanamya. Bunganya akan kembang mula pukul 10 - 11 pagi dan kuncup waktu petang. Ramai pengemar bunga suka tanam pokok ini sebab senang nak hidup dan mudah untuk dijaga serta sentiasa berbunga. Tetapi perlukan sedikit kerajinan untuk menanam semula bagi memastikan pokok ini terus hidup dan cantik berbunga. Untuk ros jepun hidup subur ia perlukan :

Tanah:
~ campuran tanah yang senang air mengalir keluar. (tanah peroi, tanah gambut/baja organik, pasir sungai).

Cahaya:
~ Perlukan cahaya matahari yang banyak untuk menyerlahkan bentuk dan warna yang menarik

Air:
~ Perlukan siraman 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.
~ Hari hujan siram bila perlu aje.
~ Tak suka air bertakung nanti akarnya menjadi reput.

Pembajaan:
~ guna baja larutan dan baja cecair kerana ia paling sesuai.
~ boleh guna baja biji (baja kimia) tetapi kena berhati-hati kerana batang pokok mudah lecur sekiranya terkena batang pokok.

Pembiakan:
~ guna keratan batang. Tanam terus kedalam tanah.
~ guna bji benih.

Idea Pameran:
~ Pasu gantung
~ sebagai pokok tutup bumi
~ tanam batas dan campur dengan pokok bunga lain

Tips:
~ sentiasa kerat pucuk untuk galakkan pertumbuhan ranting dan bunga yang banyak.
~ jangan biarkan tanah kering boleh bantutkan pertumbuhan pokok dan kurangkan bunga.

8 comments:

MATAHARI said...

dulu2 suka tanam bunga ni,warnanya menarik sgt klau tanam bnyk warna lagi cantik tapi skrg dh dduk umah bertingkat ni malas plk.

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu empunya
blog..selamat menyambut
Eidul Adha Mubarak..

Aaron Faizal said...

My mum selalu tanam ini pokok~^^
dia kata orang nyonya baba Suka bunga ni~^^ haha, tapi kak Melor, bunga ni x bagus dideahkan panas matahari terik kan?

Sweet And Simple said...

suka dengan bunga ni..cantik, comel dan paling senang nak tanam dan jaga

Anonymous said...

cantiknye

Anonymous said...

cantik saya suka bunga ni.

radziahradzi14.blogspot.com said...

assalam...nak tanya
berapa lama tempoh hayat bunga ros jepun ni ye....tq

Unknown said...

Assalam....nak tanya
berapa lama tempoh hayat bunga ros jepun ni ye....tq