Friday, November 19, 2010

Sup Tulang CMelor

Salam semua...... Ooooo cik mala ni haaaa cmelor nak tunjuk dan kasi resipi buat sup tulang ala cmelor. Semalam melor ada masak sup jadi hari ni nak kasi itu member resipinya. 1 masalah Melor ni selalu lupa nak snap gambar lepas masak. Bila perut dah kenyang dah keluar burrrp barulah ku teringat laaaaaa gambarnya belum di ambil. Nak minta gambar gan pakwe google tak original pulak. Sudahnya asyik duk post resipi yang dah ada gambar aje kebetulan semuanya masak pakai santan. Tapi kali ni melor nak kongsi resipi sup gan kawan-kawan. Walaupun semua orang tau masak sup tapi caranya tak samakan. Bila cara tak sama rasa pun tak sama lah juga. Jadi mari kita cuba cara melor pulak k.

Bahan-bahannya:-

1/2 kilo tulang lembu + daging cincang
3 biji bawang besar - mayang
3 biji bawang putih - ketuk
2 sm halia - ketuk
2 sm lengkuas - ketuk
1 btg serai - ketuk
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
1 bunjut rempah sup (suka hati jenama apa)
1 biji tomato
cili padi
bawang goreng
daun bawang + daun sup
limau nipis
garam, gula dan sedikit serbuk perasa
minyak

cara membuatnya:-

- rebus tulang + daging cincang sampai lembut.
- dah agak lembut masukkan sup bunjut, bawang putih, halia, lengkuas dan serai yang diketuk kedalam rebusan tulang tadi, biarkan ia mereneh.
- bawang merah tadi di goreng dan jadikan bawang goreng. 1/2 masukkan ke dalam sup.
- tumis rempah empat sekawan tadi. Tuang kan ke dalam periuk sup biarkan mereneh dengan
api perlahan.
- masukkan garam, gula, serbuk perasa.
- ketuk cili padi masukkan kedalam sup dengan hirisan tomato
- hiaskan dengan 1/2 bawang goreng tadi, daun sup dan daun bawang.
- perah limau nipis sebelum makan.
- siap untuk di hidangkan.Yummy sedapnya. Cubalah kawan-kawan.

8 comments:

MATAHARI said...

eeeee tak tahan tengok sup ni,mintak skit

♥ manje ♥ said...

salam melor

boleh cuba resepi ni... byk stok daging kat peti ais tu... (^_^) ~

Melor said...

matahari
kalau nak rasa dtang rumah melor nanti melor masakkan k

Melor said...

manja
cuba lah mana tau kena dgn selera

zulkbo said...

salam..
perghhh..terangkat
ni lembu korban ke..?

Melor said...

mr zulkbo
boleh kata korban punya lah. tapi klur duit nak dapatkannya.

mala said...

daging lembu korban byk kat freezer tapi tulang tarak.. hemm...dah lama tak masak sup tulang ni.

Melor said...

mala
mana kau menghilang.rindu ku la. buat la sup daging.