28 August 2018

Kebaya Sulam Kerawang & Tip Menjahit

kebaya sulam kerawang

Alhamdullilah Senah eeee. Akhirnya siap juga la baju kebaya sulam kerawang nan 1 nih. Berpeluh masam Cik Melor nak menyiapkannya. Stresss toksah duk cerita la weyyy. Alah menjahit menang memakai hihihi masam pun masam la janji siapkan senahhh.

Kebaya kerawang ni sebenarnya saiz budak je. Tapi kedudukkan sulam kerawangnya tu saiz mak budak. Pandai-pandai la situkang jahit la nak me'gejas'  kain tu untuk di transfom ke saiz budak. Faham tak Senah eh. Tak faham!!! tak faham kalu, diam-diam baca aaaaa hihihi.

Tip nak jahit baju kebaya sulam kerawang macam ni senah eh. Mula-mula potong la ikut ukuran yang di ambil. Potong ikut cara potong baju kebaya ya. Jangan duk potong ikut cara nak potong baju kurung setahun jahit pun tetap tak jadi baju kebaya senah eh kih  kih  kih.

Paling penting masa potong baju kebaya sulam kerawang ni, sila pastikan kedudukan sulam kerawang tu sama di bahagian sambung ya. Ukur betul-betul senah eh. klu dah terpotong tak boleh nak 'ejas doh'. Ganti kain la weyyyy.

Masa nak jahit mesin pun paaastikan sulam kerawang tu di samakan dulu baru la jahit. Kalau tak sehari tu duk main tetas jahit je la.

Masa nak jahit butang pun, sila pastikan kedudukkan tu tepat takde la duk main tetas menetas Senah eh.

Ini cara kita potong dan jahit  baju kebaya sulam kerawang. Perkongsian ikut pengalaman kita Senah ya. Bye.