Selamat pagi senah. Hari ni Cik Melor nak kongsi idea tau. Idea camana nak tampal seluar anak-anak senah yang selalu koyak di lutut. Baru-baru ni kita beli seluar/'tight' baru untuk Makcik Google pakai pergi latihan menari tapi dia bantai pakai dirumah katanya selesa.
Tiap-tiap pagi kita ada buat paksaan Makcik Google kayuh basikal, sekali Makcik Google tergolek jatuh basikal daaaa. Koyak seluar/'tight' barunya senah eeeyyy. Sayangkan baru beli dah koyak.
Teringat kita ada sekuntum bunga lace lebihan jahit baju mini kurung berlace hari tu. Eh senah dah lupa ke. Haaa klik sini ya baju mini kurung berlace
suka hati seluar dia dah bertampal
Selamat bunga lace nan sekuntum tu kita buat tampal seluar Makcik Google. Nasib baik kita minta ngan puan baju mini kurung berlace tu hari nak simpan bunga lace nan sekuntum tu.
Eh Senah tahu tak, dikedai jual barang jahit benda macam bunga lace nan sekuntum tu ada jual tau. 2,3 ringgit juga harganya. Lain kali jangan buang Senah ya. Tiru macam kita, simpan memanjang hihihi. Satu hari mungkin ada gunanya kan Senahhhh.
Tuuuuu dia, besar lubang senah eh
Disebabkan kain seluar tu lembut, kita tampal kain alas bahagian dalam seluar tu. Kain lembut warna putih untuk buat kolar lembut, kaf lengan baju tuuu. Ambil bunga lace nan sekuntum tu, sapu gam dulu di belakang bunga lepas tu lekatkan di seluar. Bukan apa, letak gam tu untuk memudahkan Senah nak jahit bunga diseluar tu nanti.
Kalau beli kat kedai, biasanya benda macam tu dah ada gam tau. Sebab ini bunga lace lebihan kain lace jadi takda gam. Bubuh la gam sendiri ya. Tak nak bubuh gam pun takpa. Senah yang buat dia. Suka hati Senah la nak buat macamana.
Kita jahit tangan je. Masa jahit tu guna la cara nak jahit lace ke baju ya. Guna mesin ada macam susah sikit la Senah eeey
Ini cara kita tampal seluar koyak jadi kita kongsi idea tampal seluar koyak ikut cara kita la. Senah ok kannn. Bye.
No comments:
Post a Comment