Kalau ikut perancangan yang diatur, semalam kami merancang untuk pergi menyerang hari terakhir jualan lelong kain pasang di jj au2. Sayang nasib tak menyebelahi kami, tetiba cik melor sakit kepala yang amat. Rancangan 'cancel', memasing ambil peluang main tab dalam bilik.
Dalam duk sakit kepala tu, kita ajak le sidara buat kuih kaswi. Alaaa buat kuih senang-senang je senah eh. Latih sidara tu kedapur. Takda la nanti, bila kawin jakun didapur mak mentuakan.
Senah tengok la gambar atas tu. Kuih kaswi sidara kita. Cantik tak kejadiannya. Sedap tak sedap itu belakang kira. Janji sidara kita ringan badan nak masuk dapur hihiihi...
Apa!!!!! senah nak resepi kuih kaswi sidaraaaa... Booolehh, apa salahnya. Untuk pengetahuan senah, resepi kuih kaswi kita ni guna sukatan cawan je tau. Ini resepi kuih kaswi kita, scroll bawah senah ya.
Bahan :-
Loyang saiz 10” x 10”
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - kita guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - kita tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
Bahan lain:

Kelapa parut muda
Sedikit garam
Cara-cara:
Mula-mula senah masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
Senah masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
Akhir sekali, senah masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Setelah loyang panas, tuang adunan kuih kaswi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih kaswi, jika ada.
Setelah betul betul sejuk, baru senah potong. Lepas tu gulingkan, kuak lentangkan, golekkan atau suka senah la nak buat cara apa pun, janji kuih kaswi tadi bersalut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Senah jangan lupa cuba buat kuih kaswi sidara kita ni ya. Bye.
2 comments:
Suka makan kuih ni. Pernah buat resepi yg masukkan kicap.
Normala, cik melor x suka makan kuih ni. buat sebab tuan pengarah suka makan. ada banyak tip dan cara sebenarnya untuk buat kuih ni lagi sedap. Resepi ci melor buat tu yang asas saja.tq singgah
Post a Comment