17 March 2018

SkyWorld's KidzCity - Bergembira Kami Disini

Hari kedua cuti sekolah untuk pantai timur dan hari pertama cuti sekolah untuk Kuala Lumpur, cik melor bawa anak-anak bergumbira di SkyWorld's KidzCity senah eh. Tersesat-sesat tuan pengarah mencari destinasi. Akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju.

Apa tu SkyWorld? Alaaaa... pemaju perumahan la senah eh. Mereka nak jual rumah, diumpannya anak-anak dengan buat program ala-ala kidzania.  Mana tak mengeletik, merenggek sibujang nak pergi. Lagipun pihak SkyWorld tak kenakan bayaran, apasalahnya kita pergi sesambil layan anak sesambil tengok design rumah. Manalah tahu tetiba, terbuka hati tuan pengarah nak sambar 1 unitkan hihihi. Geliga SkyWorld punya 'marketing'.

 sama je perangai sibujang dan sidara ni bila bergambar suka buat muka 

Apa benda yang SkyWorld buat sehingga sibujang kita tergila-gila sangat nak pergi tu.  Ni dia senah eh. Mau tak menggeletik sibujang kita.

Real Life Exploring 
~ Architect, Contractor, Interor Designer, TV Reporter, Marketing Personnal

Real Life Learning 
~ First Aid Training

Real Life Challenges 
~ Find The Words, Colour Block, Solve The Puzzle, Memory Maths, Dice Reading

Makcik google mencuba sebagai pembaca berita dan gadis cuaca. Tapi sayang  tetiba gadis cuaca jadi bisu hahaha.

 Sibujang merasa jadi 'cameraman'

 kerja-kerja belakang tabir

Kunun-kunun Pengarah Filem le tuuu

tukar profesion nak jadi penyelamat la pulakkk

 selfie itu satu acara wajib hihihi

ukur jangan tak ukur, nanti runtuh jambatan pulak

Design jambatan kita dah siap. Selfie, selfie weh

cik melor pun nak interframe juga

Puzzle Kami dah siap. Jangan lupa tuntut hadiah

Semua kerjaya sibujang dan makcik google cuba dan semua acara yang pihak SkyWorld buat mereka berdua masuk. 3 kali cabutan bertuah, Tak kisah le dapat hadiah kecil-kecil. Yang penting mereka gumbirakan senah.

Terima kasih dan syabas kepada pihak SkyWorld kerana berjaya memancing makbapak datang ke program anda hihihih.  Memang geliga otak pihak pemasaran SkyWorld ni. Emmm esok apa pula kami nak buat ya? Senah bawa anak kemana hari ni?


No comments: